Pulut kuning makanan tradisional yang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan untuk majlis-majlis tertentu tetapi jika tekak ingin menikmati tak perlu tunggu samapai ke petang, buat terus ya. Selamat mencuba!

RESIPI PULUT KUNING DIRAJA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Beras Pulut 1kg ( 10- 15 org mkn )
  • Santan kelapa sebiji ( 2cwn pati santan)
  • Daun pandan
  • Serbuk kunyit babas 1 sudu besar
  • Asam keping ( 3 keping )
  • Garam ( 1 sudu teh )

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Cuci beras pulut sebanyak 3 kali
  2. Rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Kak normi guna serbuk kunyit babas sbb colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.
  3. Kukus beras pulut yg telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit
  4. Kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yg telah diletak 1 sudu teh garam
  5. Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )
  6. kemudian kukus utk kali kedua dgn daun pandan juga selama 20 minit shj.
  7. Siap

RAHSIA KAK NORMI: Kak normi share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam. Okay supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama macam dalam gambar. Selamat mencuba

IKLAN

Kongsi resipi: Salmanormi Saleh‎

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI