Bagi anda yang ingin merasai keenakan udang karang segar, Resort World Genting membawakan kepada anda tertarik rangkaian Restoran Burger & Lobster dari England. Restoran ini adalah yang  pertama seumpamanya dibuka di Asia dan beroperasi pada keluasan 3500 kaki persegi di pusat membeli-belah Sky Avenue.

Udang karang premium Restoran Burger & Lobster dibawa khas dari Nova Scotia, Kanada melalui KLIA sebelum dihantar ke Resort World Genting setiap minggu. Oleh kerana pesanan yang dibuat setiap minggu,udang karang tersebut begitu laris serta mampu dijual pada harga yang berpatutan.

Burger & Lobster & Kafe Richard Kini Dibuka Di Genting Highland

Restoran yang mampu memuatkan 150 pelanggan dalam satu-satu masa itu menawarkan pemandangan taman tema baharu Twentieth Century Fox World apabila ia dibuka tidak lama lagi. Kawasan tempat duduk terbuka turut disediakan meskipun kawasan terhad. Apabila taman tema tersebut siap kelak, restoran dijangka mampu menampung tambahan pengunjung sehingga 170 orang.

Menu burger di Burger & Lobster pula diperbuat daripada 100% daging lembu Australia dengan kepingan daging diapit bun brioche berbijan dan ditambah daging salai, keju, daun salad, tomato, bawang, jeruk khas serta sos rahsia Burger & Lobster.

Burger & Lobster & Kafe Richard Kini Dibuka Di Genting Highland

Pelanggan boleh memilih menu burger berserta kentang goreng sebagai permulaan iaitu The Mayfair seberat 168 gram. Menu seterusnya ialah The Original seberat 224 gram dengan keenakan daging dan kentang goreng. Khas buat mereka yang inginkan kombinasi burger dan udang karang, The B&L seberat 224 gram memiliki kedua-duanya yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad.

IKLAN

Bagi pilihan menu udang karang pula, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan iaitu The Original, The Big Boy dan Chili Lobster. Udang karang akan dikukus atau dipanggang bersama pilihan jernihan mentega ataupun mentega lemon dan bawang putih yang terkenal.

Salah satu menu terkenal Burger & Lobster merupakan ketulan udang karang segar gulung yang disediakan dalam tiga gaya berbeza. Pengunjung boleh memilih sama menu Chilli dan The Original yang dihidangkan sejuk bersama bun panjang brioche berserta kentang goreng dan salad.

Bagi jenis pemakan kecil, pelanggan juga boleh memilih burger bersaiz mini iaitu B&L Burger yang dihidangkan bersama isi udang karang, Tiger Tiger ( gulungan mentega udang tempura, mayones pedas dan buah avocado) dan The Classic yang berupakan burger bersaiz kecil.

Puas menikmati lobster, anda juga boleh menikmati minuman kopi lazat di Kafe Richard. Kafe kopi panggang nombor satu di Perancis ini kini dibuka di Sky Avenue.

IKLAN

Pembukaan cawangan di Resort World Genting adalah sebagai langkah pertama ke dalam dunia runcitt kafe dengan menyediakan suasana gaya Parisian dimana pelanggan akan mengalami sendiri kesenian asli Perancis sambil menikmati kopi ekspresso asli, kopi dan teh serta makanannya.

Keistimewaan kopi di kafe ini berbanding kopi-kopi konvensional yang lain ialah dari segi pemilihan biji kopinya. Disini, hanya biji-biji kopi terbaik dari seluruh dunia  yang dipilih untuk disajikan buat para pelanggan bagi memberikan kepuasan serta sara unik terhadap penggemarnya.

Burger & Lobster & Kafe Richard Kini Dibuka Di Genting Highland

IKLAN

Disini, para pelanggan boleh menikmati Perle Noir atau mutiara hitam , kopi Arabika 100% eksklusif Kafe Richard yang dibancuh dengan gaya kopi espresso Perancis. Massaya yang ditanam secara organic, turut dihidangkan sebagai kopi espresso yang dibawa dari Mexico.

Selain itu, bagi pelanggan yang lebih suka kaedah penyediaan kopi perlahan seperti French press, Chemex, sifon atau titisan sejuk boleh memilih daripada pilihan kopi Ethiopia Moka Yirgacheffe yang ditanam di tempat kelahiran kopi, Kopi Costa Rica Tarrazu yang ditanam di dataran tinggi gunung berapi atau kopi Sumatera ‘Orang Utan’ serta kopi paling premium dan jarang ditemui iaitu Jamaica Blue Mountain.

Selain itu, Kafe Richard juga menghidangkan pelbagai jenis teh seperti teh hitam, teh putih, teh hijau, roiboos dan teh herba dari India, China, Sri Lanka, Afrika Selatan dan juga banjaran Alps.

Oleh itu, bagi anda yang ingin merasai lobster dan kopi serta teh di restoran & kafe ternama ini, jangan lupa untuk datang dan mencubanya sendiri.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI