Dah lama rasanya tak buat bubur jagung ni. Paling sedap kalau waktu bulan puasa, bubur manis begini memang jadi rebutan. Eloklah tu puasa pun dah tak lama lagi, bolehlah buat nanti. Rasa lemak manis memang tak boleh bawa bincang.
BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
CARA MEMBUAT:
1) Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2) Kisar halus jagung bersama satu cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.
3) Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama dua cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4) Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5) Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula Melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau.
6) Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
*Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
Kredit: Suhaz Waniy
Olahan: tihiecikman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Masak Bubur Kacang Lagi Sedap & Wangi. Tak Perlu Rendam Pun Kacang
Bubur kacang hijau ini kalau layan waktu petang memang nikmat, makan pula yang disejukkan lagi sedap. Nak masak bubur ini ada macam-macam petua dan tip yang digunakan.
Salah satunya adalah perkongsian daripada No Or untuk sediakan bubur kacang hijau yang sedap dan wangi. Cara yang dipraktikkan, kacang hijau tak perlu direndam sebaliknya disangai.
Bubur kacang hijau cara arwah nenek sedap dan wangi
“Ada sesetengah orang akan rendam kacang hijau terlebih dahulu, selepas itu, barulah direbus. Bezanya, resipi ini kacang hijau digoreng tanpa minyak atau sangai dulu. Ini resipi dari arwah opah dulu.
Bahan:
2 cawan kacang hijau
1 ketul gula melaka / gula kabung
1 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula putih
3 sudu besar sagu (pilihan) – basuh dan rendam
Santan – Guna santan kotak je 200 ml + 1 cawan air.
Secubit garam
Daun pandan
Cara membuat:
1. Pilih kacang, buang yang hitam atau rosak mungkin ada batu. Basuh bersih dan toskan sekejap.
2. Goreng kacang tanpa minyak (sangai) sampai keluar bau wangi kacang.
3. Sediakan periuk dan masukkkan 2-3 cawan air. Masukkan kacang yang dah digoreng tadi.
4. Kemudian, masukkan daun pandan. Rebus sampai kacang lembut.
5. Seteruskan masukkan gula putih, gula merah dan gula melaka ke dalam periuk kacang tadi. Kacau sampai semua gula cair dan larut.
6. Kemudian masukkan santan, sagu dan garam. Masak hingga didih dan sagu elok masak. Kacau bubur jangan sampai santan pecah minyak.
7. Bila dah siap, boleh lah hidangkan, kalau nak makan panas panas. Tapi ada juga yang suka makan bubur sejuk sejuk.
Sumber: No Or
4 Jenis Popia Pasar Malam, No.3 Paling Sedap Dan Wajib Cuba!
Sesiapa pengembar popia, ini ada empat jenis popia yang boleh anda buat sendiri di rumah sebab ia senang sesangat membuatnya dan murah je. Dari asyik membeli lebih baik buat sendiri. Tak tahu macam mana nak bua? Ini admin kongsikan empat jenis resipi popia sekali gus. Pilihlah mana satu yang berkenan atau cuba semua sekali sebab setiap jenis rasanya berlainan.
POPIA BASAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji putih telur
- 3/4 cawan air
- 2 sudu makan cuka
- Secubit garam
Bahan Inti:
- 1/2 biji kubis | dihiris halus
- 2 batang lobak merah | diparut halus
- 1 biji bawang besar | dihiris halus
- 3 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu makan udang kering
- Garam secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
Bahan Sambal Sira:
- 15 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu makan gula perang
- 2 sudu makan kicap manis
- Minyak masak untuk menumis
- garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
- Kacang tanah | dikisar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
- Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
- Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
- Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
- Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
- Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
- Seterusnya untuk membuat sos,
- Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
- Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
POPIA OTAK-OTAK
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia segera
- 300 gm isi ikan tenggiri
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil jintan kasar
- 3 sudu kecil santan pekat
- 1 sudu kecil jus limau
- 1 helai daun kunyit | dihiris halus
- 2 sudu kecil tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 3cm halia
- 3cm kunyit
- 3cm lengkuas
- 2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan menyediakan otak-otak.
- Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.
- Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
- Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Gaul sebati dan ketepikan.
- Seterusnya, ambil kulit popia.
- Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
- Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
- Hidangkan ketika ia masih panas.
POPIA GORENG BERSIRA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
- 2 sudu makan bijan | disangai
- ½ biji sengkuang | diparut halus
- 1 batang lobak merah | diparut halus
- Sedikit kobis | dihiris halus
- 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
- 2 sudu makan taucu | dikisar kasar
- Sedikit tauge | dibuang ekor
- 2 sudu makan udang kering
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sambal:
- 2 sudu makan cili kisar
- 1sudu makan bawang merah kisar
- 1 sudu teh bawnag putih kisar
- 2 sudu besar sos chili
- Sedikit air asam jawa
- Gula atau gula putih
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
- Masukkan udang kering. kacau rata. masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
- Ttutup api dan sejukkan.
- Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
- Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.
- Untuk sambal sira, panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
- Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
- Tutup api dan taburkan bijan.
- Siap untuk dihidangkan.
POPIA SAYUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia secukupnya
- 1 batang lobak merah | diparut halus
- 1 biji sengkuang kecil | diparut halus
- 1 mangkuk kubis | dihiris halus
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa.
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
- Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.
- Diikuti sengkuang, lobar merah dan kubis.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Tutup api dan sejukkan.
- Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
- Angkat dan toskan minyaknya.
Apabila Hari Jadi Je, Beli Kek. Apa Kata Cuba Swiss Roll Pula? Design Pun Mantap!
Selalunya apabila tiba hari jadi, kita sambut dengan kek. Bermacam-macam kek ada. Kek keju, kek span begitu jugalah dengan kek mentega. Apa kita kita cuba pula swiss roll? Swiss roll pun boleh dipelbagaikan dengan hiasan yang dilukis secara manual.
RASA dapatkan sedikit informasi mengenai swiss roll daripada wanita yang selesa dipanggil Mek yang mengusahakan, Mek and Bake.
NAMPAK MACAM TUALA DALAM KOTAK
Menurut Mek, dia telah dua tahun aktif berniaga swiss roll yang dilukis secara free hand.
“Saya suka dengan swiss roll sebab cantik gebu dan tak nampak macam kek. Sekali pandang, macam tuala dalam kotak. Apabila saya survey market yang menjual, saya perhatikan tak ramai yang buat dessert swiss roll ni. Selalunya kalau pergi kedai swiss roll yang ready made memang jenis seketul dah siap dan plain. Keunikan swiss roll saya ni adalah pada bentuk dia iaitu saiz dan portion yang saya dah siapkan. Lagi satu keunikan ada pada design yang saya boleh lukis ikut kepada permintaan pelanggan. Saya lukis secara manual tapi saya jual dengan harga yang murah iaitu RM50 saja,” katanya.
Tidak mengehadkan pelanggan kepada kanak-kanak sahaja, tetapi Mek akui memang banyak tempahan daripada ibu bapa yang ingin menyambut hari jadi anak mereka.
“Dalam satu kotak, saya boleh lukis dua atau tiga tema bergambar. Gambar itu saya warnakan dengan meriah, jadi sebab itulah saya rasa secara tak langsung golongan ibu-ibu berkenan nak jadikan hadiah untuk kanak-kanak. Selain tu, saya juga ada pelanggan korporat yang akan minta design ikut kepada tema logo syarikat. Jadi pelanggan kami tak terhad kepada kanak kanak sahaja,” katanya lagi.
SERONOK APABILA PELANGGAN KATA CANTIK
Sebagai peniaga, kepuasan pelanggan adalah nombor satu. Apabila pelanggan kata cantik dan puas hati, sudah pasti kita akan tersenyum lebar.
“Memang ketika mula mula saya belajar lukis, susah betul. Jenuh rasanya sebab tangan bergegar apabila nak free hand drawing. Saya ada masuk kelas secara bersemuka dan belajar melukis untuk tambah skill serta cara guna berus lukisan untuk kek. Alhamdulillah sekarang dah tak susah lagi nak melukis. Saya seronok melukis atas swiss roll. Apabila siap, pelanggan kata puas hati dengan produk saya, perasaan penat itu hilang terus. Saya boleh siapkan lukisan kurang dari 30 minit. Dari segi masa, semua bergantung kepada jenis design. Kalau lagi complicated lagi lama pernah saya duduk melukis antara empat hingga lima jam tak bergerak gerak sampai siap,” cerita Mek lagi.
ANGGARAN 500 HINGGA 700 SWISS ROLL SEBULAN
Siapa sangka, bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, hingga kini perniagaan swiss roll Mek telah semakin maju. Dia bergabung dengan sebuah majlis korporat untuk festival kuih bulan. Untuk tujuan ini, dia perlu hasilkan antara 500 hingga 700 kotak swiss roll.
“Pada masa akan datang, saya berminat untuk menambah beberapa menu lagi and asah skill sampai boleh buat human potrait drawing atas swiss roll atau kek. Saya ingin Mek anda Bake terus berkembang dan terus jaga kualiti produk jualan,” katanya menutup bicara.
JOM TENGOK 10 DESIGN LUKISAN SWISS ROLL MEK AND BAKE
Amacam? Cantik-cantik kan? Jadi, selepas ini, bolehlah raikan hari jadi anak dengan swiss roll pula. Tidaklah asyik raikan dengan kek saja setiap tahun. Kan?
Kredit: Instagram mek.andbake