Terasa nak belajar buat Tapai Pulut sedap secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozie Mnor ni. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan pun. Insyaallah jika baru pertama kali buat, akan menjadi. Tapai ini bila sudah masak dan berair, simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati kerana ia sangat enak dimakan dingin. Jom cuba!

 

RESIPI TAPAI PULUT YANG SEDAP & MUDAH

Buat Sendiri Tapai Pulut Sedap Untuk Hari Raya. Begini Caranya

BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut beli online disini
1 bji ragi beli online disini
1 sudu gula (ini petua buat tapai rasa manis dan tidak masam) beli online disini
Daun pisang secukupnya atau bekas kecil

CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut hingga betul-betul bersih dan rendam selama 2 jam.
2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut hingga benar-benar masak. Jika pulut masih keras, renjis air hingga rata dan terbalikkan pulut. Kukus lagi hingga lembut.
3. Bila pulut sudah masak, angkat, ratakan pulut di dalam dulang dan biarkan sejuk.
4. Tumbuk ragi dan gula. Ini adalah petua untuk buat tapai rasa manis dan tidak masam.
5. Tabur ragi di atas permukaan pulut yang telah disejukkan menggunakan penapis teh. Pastikan ragi ditabur rata.
6. Kacau atau gaul pulut tadi supaya mesra bersama ragi.
7. Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan ke dalam bekas-bakas kecil.
8. Bila sudah siap semuanya, letak tapai tadi dalam periuk atau bekas besar dan disimpan di tempat gelap seperti dalam kabinet dapur.
9. Peram selama 2 hari sebelum dibuka. Jika tapai sudah masak (lembik dan berair), maksudnya tapai sedap sudah sedia untuk dinikmati.
10. Jika ragi cepat menapai, biasanya tidak sampai 2 hari sudah boleh dimakan.

Buat Sendiri Tapai Pulut Sedap Untuk Hari Raya. Begini Caranya

IKLAN

Kredit resipi & foto: Rozie Mnor

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Masak Nasi Hujan Panas Yang Mudah, Sedap & Lembut Gebu

IKLAN

Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy. Memang Puas Makan

Resipi Biskut Kelapa Mudah & Sedap Untuk Raya Aidiladha

Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI