Mudah je rupanya nak buat Mee Kuning secara homemade. Maklumlah, di laman sosial sekarang ramai yang rajin berkongsi aneka resipi homemade yang senang dan boleh menjimatkan belanja dapur. Salah satu yang anda boleh cuba buat sendiri ialah Mee Kuning. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Siti Aminah Nain ini tidak menggunakan kapur dan tiada bahan pengawet. Bolehlah cuba buat untuk masak mee goreng, mee sup dan sebagainya untuk keluarga. Berbaloi untuk dicuba.

 

RESIPI MEE KUNING TANPA GUNA KAPUR & BAHAN PENGAWET

Buat Sendiri Mee Kuning Tanpa Guna Bahan Pengawet & Kapur

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum beli online disini
1 biji telur ditambah air & jadikan 100ml
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan uli hingga sebati. Adunan akan sedikit berderai tetapi jangan tambah air.
2. Teruskan mengepal adunan mi kemudian masukkan ke dalam mesin penggelek (noodle maker/mesin mi).
3. Laraskan mesin pada no 1. Canai doh. Kemudian laraskan pula kepada no 3.
4. Akhir sekali, pakai mata pemotong untuk menghasilkan juraian mee.
5. Jika tiada mesin, boleh hasilkan secara manual sahaja. Gelek doh hingga nipis kemudian potong halus menggunakan pisau.

Buat Sendiri Mee Kuning Tanpa Guna Bahan Pengawet & Kapur
6. Didihkan air dan rebus mee yang siap dipotong tadi. Angkat dan toskan airnya.

IKLAN

Buat Sendiri Mee Kuning Tanpa Guna Bahan Pengawet & Kapur
7. Tuang sedikit minyak pada mee tadi sambil disejukkan. Ia bertujuan untuk mengelakkan mee melekat.

Buat Sendiri Mee Kuning Tanpa Guna Bahan Pengawet & Kapur
8. Mee kuning homemade sedia untuk dinikmati dengan pelbagai cara masakan seperti Mee Goreng, Mee Sup dan sebagainya.

Buat Sendiri Mee Kuning Tanpa Guna Bahan Pengawet & Kapur

Kredit resipi & foto: Siti Aminah Nain

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Roti Sardin Goreng Rangup. Resipi Mudah, Sesuai Untuk Minum Petang

IKLAN

Aneka Resipi Lauk Sedap & Mudah Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Masak Sendiri Wantan Mee Kicap Homemade, Simple & Sedap

Resipi Risoles Daging Yang Sedap & Mudah Dibuat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI