Kalau dulu-dulu buat tart nenas, mesti suka dapat makan sebab buat jem nenas sendiri. Lagi rasa sedap dan aroma dia lagi wangi.

Sekarang ni, susah nak jumpa tart yang gunakan jem nenas homemade. Kebanyakannya lagi mudah beli di kedai bakeri.

Kalau mana-mana yang nak buat jem nenas sendiri, boleh cuba resipi cara orang lama ini daripada Mamamemey Airish.

Rasa puas hati dapat jem yang kuning keemasan dan punya rasa yang disukai. Macam nostalgia sangat.

 

JEM NENAS CARA ORANG LAMA

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik

BAHAN-BAHAN:

9 biji nenas moris (berat sebiji lebih kurang 1kg termasuk kulit & jambul)
700g gula pasir – beli online di sini
30 kuntum bunga cengkih (lebih kurang) – beli online di sini
1 ½ sudu teh vanillin (yang kasar, bukan yang macam tepung tu)
2-3 titik pewarna kuning telur
2-3 sudu makan jus lemon (ni untuk elakkan gula bersakar, dulu bonda tak letak pun, ni saya yang memandai-mandai sendiri)

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live

IKLAN

TONTON Laksa PeranakanProjek Air Tangan Emas Bersama MAGGI

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik

CARA-CARA:

1. Mula-mula, kupas kulit nenas, cuci bersih dan tos. Kemudian, parut nenas tu. Parut dengan empulurnya sekali.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik
2. Letak dalam tapisan, tekan-tekan biar keluar jus nenas tu. Jangan buang banyak sangat jus tu, nanti rasa nenas tu mcm tak ada pula dah dalam jem tu.
3. Masak dan kacau dalam kuali sampai air nenas tu betul-betul kering, baru masukkan gula. Nanti nenas tu akan berair balik. Ni macam proses nak buat kuih kasturi.

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik
4. Jangan lupa masukkan cengkih dan pewarna kuning telur, jus lemon dan vanillin.

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik
5. Terus kacau sampai nenas jadi jem yang pekat tapi jangan sampai mengeras pula.

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik
6. Biarkan sejuk dulu baru simpan dalam bekas yang bertutup. Sebaiknya simpan dalam peti sejuk hingga sampai pada hari untuk digunakan.

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik

IKLAN

Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik

NOTA:

18 biji nenas moris cuma dapat lebih kurang 2.7kg jem. Saya kira bertuah sebab dapat nenas percuma daripada besan. Kalau beli sebiji lebih kurang RM3x18. Gula 1.4kg. Cuba kira modal dia. Macam mana nak jual kan.

Kredit resipi: Mamamemey Airish

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi & Tip Buat Tart Nenas Bebola Naga Yang Lembut & Gebu

Resipi Ikan Masak Pedas Thai, Campak-Campak Je Siap!

Senang Betul Nak Masak Bendi Sambal Kering Macam Di Restoran

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI