Hari-hari masak ayam dengan menu yang sama bosankan? Tapi kalau tak masak lauk ayam anak-anak taka mau makan. Apa kata hari ini mak-mak cuba masak menu Ayam Bakar Ketumbar yang RASA kongsikan ini, ia sedap dan tak pedas, gerenti anak-anak suka dan mintak mak masak lagi.

Buat Sendiri Ayam Bakar  Ketumbar Yang Sedap Ini.
.

IKLAN

AYAM BAKAR KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 600gm ayam bahagian kepak dan dada
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh cajun
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 biji lemon | ambil jus sahaja
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

IKLAN
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3cm halia
  • 2 batang serai
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu makan ketumbar biji

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan kisar, serbuk cili,cajun, serbuk kunyit, serbuk jitam manis, jus lemon, minyak zaitun, garam dan gula secukupnya.
  2. Gaul rata dan perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam.
  3. Masukkan ayam yang diperap dalam periuk dan tambahkan sedikit, kacau rata.
  4. Masak ayam atas api sederhana hingga tiga perempat masak dan kuahnya pekat.
  5. Tutup api dan keluarkan ayam dari periuk.
  6. Letakkanya di atas dulang pembakar dan curahkan sedikit kuah di atasnya dan bakar dalam ketuhar hingga masak atau ayam bertukar kening keemasan.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan ayam panggang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI