Sekarang, ada pelbagai jenis air dan jus yang boleh dibeli secara online atau di bazar Ramadan. Tapi harganya pun boleh tahan. Apa kata puasa kali ini korang cuba buat sendiri empat jenis air ni. Bahan mudah dan cara membuatnya juga senang. Dah tentu-tentunya anda semua boleh jimat dan puas hati berbanding membelinya.

Buat Sendiri 4 Jus Sedap & Segar Ni

AIR PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar
800ml air
100gm gula pasir | boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian rasa
Pewarna merah, kuning dan hijau
100gm nata de coco
Sirup coco pandan | boleh guna air gula biasa
Selasih secukupnya |rendam
Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
  2. Bagi menjadi 3 bagian kemudian beri pewarna merah, hijau dan kuning.
  3. Setelah sejuk potong kecil agar-agar.
  4. Cara menghidangkannya, masukkan agar berselang seli dengan nata de coco, siram dengan sirup gula.
  5. Akhir selaki masukkan biji selasih dan ais secukupnya.
  6. Air sedia dihidangkan.

Oleh : murlinafitri

IKLAN

Buat Sendiri 4 Jus Sedap & Segar Ni

WATERMELON LIMEADE
BAHAN-BAHAN:
750gm tembikai | potong kecil
60gm air limau nipis
3 sudu makan gula | boleh tambah atau kurang
Beberapa hirisan limau nipis

Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Campur air limau nipis dan gula. kacau rata.
2. Blender tembikai dengan air secukupnya, kemudian tapis jusnya.
3. Campurkan jus tembikai dengan campuran air gula.
4. Kacau rata dan tuang dalam gelas dan tambah ais.
5. Hias dengan hirisan limau nipis.
By @jescookingdiary

IKLAN

Buat Sendiri 4 Jus Sedap & Segar Ni

AIS CINCAU
BAHAN-BAHAN:
250gm cincang
250gm gula Melaka
500ml santan/susu cair
Ais sacukupunnya

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Campurkan semua bahan dalam jug, kacau rata.
  2. Masukkan ais dan kacau lagi.
  3. Tuang dalam gelas dan air sedia dihidangkan.

By @lestarisahidin

Buat Sendiri 4 Jus Sedap & Segar Ni

AIS JELLY STRAWERRY TEA
BAHAN-BAHAN:
1 paket jelly perasa strawberry
2 sudu makan Thai Tea Strawberry
200ml air
300ml susu cair full cream
1 sudu makan susu kental manis
Gula secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Masak jelly ikut petunjuk pada paket, setelah masak sejukkannya.
  2. Setelah sejuk potong dadu kecil-kecil..
  3. Campurkan susu cair, Strawberry dengan 200ml air, selepas mendidih tutup api dan tapis airnya dua kali.
  4. Tambahkan gula ikut citarasa kemanisannya.
  5. Seterusnya campurkan susu cair, Thai Tea dan susu pekat manis, kacau rata dan sejukkan dalam peti sejuk.
  6. Apabila sedia untuk dihidangkan, tambah potongan jelly ke dalam gelas, tuang campuran Thai Tea tadi dan kacau lagi.
  7. Tambahkan ais untuk rasa lebih nikmat.
    By @susan_mellyani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI