Jika teringin nak makan rempeyek yang rangup, buat sahaja sendiri di rumah menggunakan kulit popia. Mudah sahaja sebenarnya cara membuatnya, tidaklah sesukar yang disangka. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Shal Anne Ahemed ini.
RESIPI REMPEYEK MODEN
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia (tidak kisah jenama apa pun)
- Kacang tanah (disangai dahulu)
- Ikan bilis
- Sedikit tepung gandum dan air (bancuh)
- Jintan manis dan jintan putih (dikisar bersama)
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.
2. Letakkan sedikit bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong tadi.
3. Kemudian, taburkan kacang, ikan bilis dan juga jintan yang telah dikisar.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
5. Siap!
Jika anda sedang mencari BLENDER baru yang berkualiti dan murah, boleh cari DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: SHAL ANNE AHEMED
Artikel menarik untuk anda:
Anda juga boleh cuba resipi ini:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 3 Menu Daging Paling Ringkas & Sedap, Boleh Buat Lauk Sahur Nanti.
Ramai tak suka masak daging dengan alas an ambik masa nak masak. Tapi sebenarnya kalau nak tahu, daging boleh juga dimasak dengan cepat sepantas lima-10 minit dengan syarat korang guna daging batang pinang, hiris nipis atau paling senang rebus dulu daging kemudian hiris nipis. Kedua pilih resipi yang ringkas, tak banyak bahan dan mudah cara memasaknya. Untuk itu, RASA bawakan korang tiga menu daging yang ringkas dan sedap.
DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging yang telah direbus | hiris nipis
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1/2 biji tomato | hiris dadu
- 1 sudu makan yogurt
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN CINCANG HALUS:
- 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 2cm halia muda | hiris halus memanjang
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan cincang halus hingga wangi.
- Masukkan campuran rempah dan cili serbuk yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan pula yogurt.
- Seterusnya masukkan daging dan hirisan daun ketumbar.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan masukkan hirisan tomato, gaul rata.
- Daging sedia dihidangkan dengan nasi panas.
DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
- Sedikit hirisan cili Benggala merah
- Sedikit hirisan cili Benggala hijau
- 4 biji cili padi | hiris memanjang
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | ketuk
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
- Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
DAGING MERAH:
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging rebus | hiris nipis
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu teh sos cili
- 1 sudu teh sos tomato
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih | ketuk
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
Cara Buat Lepat Jagung Sedap & Lembut Bergedik Tanpa Kukus.
Sedapnya Lepat Jagung ni. Kalau buat untuk minum petang, memang sesuai sangat. Istimewanya resipi ni anda tidak perlu kukus. Hanya kacau bahan-bahan hingga masak, bungkus dan simpan dalam peti sejuk je. Malah Opah Mas Cotek juga ajar cara-cara nak bungkus Lepat Jagung ni dengan kemas dan cantik. Jom cuba. Bolehlah sedekah dekat jiran tetangga.
CARA BUAT LEPAT JAGUNG TANPA PERLU KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung Hoen Kwe
- 3/4 cawan gula
- 5 ½ cawan santan
- 1 cawan jagung (Opah Mas Cotek guna jagung dalam tin)
- 3 sudu makan perasa jagung (kordial jagung)
- 1 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya untuk membungkus – layur terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Masak guna api perlahan hingga pekat dan meletup-letup.
3. Kacau lagi adunan hingga kelihatan berkilat. Tutup api. Alihkan periuk dari dapur.
4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat dan letak atas daun pisang. Bungkus ketika adunan masih panas.
5. Untuk membungkusnya, lipat sedikit tepi daun ( terik ke tepi sedikit adunan lepat tu).
6. Kemudian gulung seperti dalam gambar di bawah. Proses menggulung kena buat dengan cepat kerana adunan lembik & nak elak ia terkeluar dari daun.
7. Lipat bahagian hujung daun. Kemudian tolak ke bawah supaya padat.
8. Kemudian lipat lagi hujung bahagian atas seperti dalam gambar. Siap.
9. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
10. Lepat Jagung sedap & lembut bergedik sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
ANDA JUGA BOLEH BUAT KUIH-KUIH NI:
Sangat Mudah. Resipi Ubi Kayu Pelangi Sedap Untuk Minum Petang.
Menu Simple Tapi Sedap, Buat Mi Hailam Untuk Sahur
Hidangan mi berkuah yang ringkas tapi menjadi hidangan lengkap dengan pelbagai bahan. Terpulang pada citarasa masing-masing untuk menambah bahan-bahan lain seperti kerang, udang, sotong dan sebagainya.
MI HAILAM ALA MELAYU
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mee kuning (Dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan)
- 500gm isi ayam atau daging
- 5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar serbuk lada putih
- Sayur – sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
- Air rebusan tulang ayam atau daging (Jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee)
- 1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk tumis
BAHAN KISAR:
- 2 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ini untuk seal daging supaya nanti daging tidak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.
- Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Sudah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu.
- Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.
- Hidangkan bersama mee yang dicelur.
Info: Jika tiada air rebusan daging atau ayam. Boleh gantikan dengan kiub pati ayam atau daging.
Kredit:Eny Yusnizar Abdullah