Untitled design - 2019-09-04T115020.465

Makan malam hari ini terasa nak menikmati menu yang ringkas namun menyelerakan. Nah ini menu yang paling mudah buat, penkek. Boleh digabungkan dengan sambal ikan bilis mahupun kari ikan. Memang membuka selera.

Penkek

Bahan-bahannya:

(7 atau 8 keping saiz sederhana)

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu fresh milk/low fat

IKLAN

1 biji telur (kita kocok dulu)

1 sudu kecil baking powder

1 1/2 sudu besar gula pasir (kita tambah lagi 1 sudu besar, nak manis lebih)

2 sudu besar minyak jagung atau majerin

IKLAN

Cara memasak:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.. Kacau sehingga sebati.. Pastikan tiada tepung yg berketul2..

2. Panaskan pan non stick.. tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali.. biarkan seketika..

3. Bila pancake tu nampak berbuih2 sikit, terbalikkan pancake..

IKLAN

4. Hasilnya bila diterbalikkan pancake tu.. kaler coklat2.. biar seketika dalam 1 minit kemudian boleh angkat..

5. Ulang langkah 2, 3 dan 4 sehingga bancuhan tepung habis.. SIAP!!

Sedia untuk dihidang.. boleh dimakan begitu sahaja atau dengan coklat or lain2 perisa..

SELAMAT MENCUBA

Kredit: suriea mohd noor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI