Terasa nak makan Cendol di musim PKP ni? Petang-petang cuaca panas macam ni memang sedap kalau makan cendolsejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade ni. Pasti lagi mengancam rasanya. Tambah pula sekarang ni musim durian. Tambahlah seulas dua. Lagi padu.
Kalau nak tahu, mudah je buat sendiri sajian ini di rumah. Pasti seronok bila lihat hasilnya. Kos tak banyak, tapi satu keluarga boleh makan. Pendek kata memang puas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni. Sangat mudah. Pekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali. Selamat mencuba!
RESIPI CENDOL HOMEMADE SEDAP BOLEH BUAT GUNA TEPUNG BERAS
Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Murni Rahmat ni. Moga bermanfaat!
AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong besar-besar
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
Cili kering / serbuk cili – kuantiti cili kering / serbuk cili ikut citarasa masing-masing. Kalau tak nak letak pun tak apa.
3 batang serai
1 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan manis
3 biji buah keras – tak letak pun tak apa
2 biji telur ayam
Sedikit asam jawa pekat
BAHAN PERAP AYAM:
1 sudu makan penuh serbuk kari
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
Garam
Sedikit daun kari
Secubit gula
Sedikit serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Satukan bahan kisar dan blend halus. Sebaiknya jangan masukkan air. Jika perlu, hanya setakat untuk membolehkan mata pengisar berpusing.
Bersihkan ayam dan gaul menggunakan bahan kisar dan bahan perap. Biarkan selama 30 minit. Lagi sedap biarkan satu malam.
Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana dan masukkan ayam. Tutup kuali dengan penutup periuk sewaktu menggoreng.
2-3 minit sebelum ayam diangkat kena buka tutup periuk. Kaedah ini untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup tapi berjus didalam.
Untuk dapatkan serat yang garing, bila dah siap goreng semua ayam, ambilserdak-serdak yang tinggal dan goreng dengan api sederhana.
Masa tengah goreng tu, kacau-kacauserdak supaya tidak bergumpal atau berketul. Bila dah garing, angkat, tos dan tabur pada ayam goreng tadi.
Nota: Selepas goreng ayam, rehatkan lebih kurang 5-10 minit sebelum dipotong sebab kita taknak ada darah yang keluar lepas ayam dipotong. Selamat mencuba!
Ikan cencaru adalah antara ikan yang sedap kalau dimasak sumbat dengan cita rasa pedas. Kalau dibakar pun sedap dimakan dengan air asam. Tapi kali ni RASA nak kongsikan cara masak ikan cencaru yang disumbat dan kemudian digoreng.
CENCARU SUMBAT PEDAS
Pedas dan sedap dimakan dengan nasi panas-panas..
BAHAN-BAHAN
• 4 ekor ikan cencaru
• 20 biji cili merah dan hijau
• 1 labu bawang besar
• 3 biji tomato
• 6 biji bawang putih
• Belacan
• 1 biji air perahan limau kasturi
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 labu bawang besar (dihiris bulat)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Belah belakang ikan cencaru diketepikan.
2. Kisar cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan. Jangan hancur sangat.
3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masukan bawang besar yang belah di hiris membulat, kacau sebati.
6. Sumbat ke dalam ikan cencaru. Biarkan selama 25 minit.
7. Siap sedia untuk goreng.
8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan.
9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan. Ini supaya ikan tidak hancur.
Selamat mencuba.
Resipi Oleh Aishah Toke Kek dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Di musim cuaca tak menentu dan selalau hujan ni, memang sedap kalau dapat makan bihun sup panas-panas. Kalau puan-puan ada merancang nak masak menu ni, boleh cuba resipi Bihun Sup cara cinaperkongsian saudari Nur Suraya Uyani. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun / yee mee
1 labu bawang putih – potong dadu
2 bungkus bebola ikan
1 bungkus filamen ketam
1/2 kg udang segar
Sawi / pak choy secukupnya
2 kiub pati ayam
2 sudu makan minyak bijan
Gula batu – sebesar ibu jari
Garam secukup rasa
Air secukupnya – anggaran 3 liter
BAHAN SAMBAL KICAP :
1 ulas bawang putih
15 biji cili padi
Sos cili secukupnya
Kicap secukupnya
Sedikit gula
(campur semua bahan dan sedia untuk digunakan)
CARA MEMASAK:
Celur bihun atau yee mee dalam air panas. Toskan.
Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih hingga kekuninggan. Ketepikan sekali dengan minyak gorengannya.
Untuk menyediakan sup, didihkan air, masukkan kiub pati ayam, gula batu, garam secukupnya dan minyak bijan.
Setelah kuah mendidih, masukkan bebola. Celur seketika kemudian angkat dan toskan. Diikuti dengan filamen ketam, udang dan juga sawi/pak choy.
Bila smeua bahan siap dicelur, bolehlah dihidangan bersama bihun dan sup.