Bawang goreng memang sedap jika ditabur dalam masakan seperti sup, bubur dan sebagainya. Ia dianggap sebagai penambah rasa dan aroma. Kadangkala bawang goreng yang dibeli di kedai tidak menepati cita rasa kita. Jadi, lebih baik buat sendiri di rumah. Resipi ini dikongsi oleh Mariana Zainal. Bolehlah kita buat sendiri di rumah.

 

Bawang Goreng Homemade by Mariana Zainal

Buat Bawang Goreng Sendiri, Lebih Rangup & Sedap

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 10 – 15 biji bawang kecil (bawang bombay)
  • 1 sudu besar tepung beras cap teratai
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Kesabaran yang tinggi

 

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1.  Buang kulit bawang. Basuh dan toskan hingga tiada air. Hiris bawang bombay.
  2. Taburkan tepung beras dan garam. Gaul-gaul manja.
  3. Panaskan minyak. Minyak kena banyak ya.
  4. Apabila minyak dah panas, masukkan bawang. Biarkan sekejap. Sesekali kacau guna sudip.
  5. Apabila bawang dan mula berubah warna, perlahankan api dan kacau. Jangan tinggal ya.
  6. Dah mula perang, terus angkat.

Buat Bawang Goreng Sendiri, Lebih Rangup & Sedap

Buat Bawang Goreng Sendiri, Lebih Rangup & Sedap

IKLAN

Buat Bawang Goreng Sendiri, Lebih Rangup & Sedap

Bawang memang nampak belum garing macam basah-basah tetapi apabila dah angkat dan toskan nanti, bawang tu elok garing.

Cubalah.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI