Siapa di sini suka mengunyah sambil tengok drama di tv? Jom buat potato chips homemade!
Menerusi perkongsian daripada Mar Dhiah, buat peminat kentang sepertinya, dia suka untuk mencuba sesuatu yang seperti kerepek kentang ini.
Nah buat anda yang ada banyak kentang di dapur, bolehlah cuba buat kerepek kentang (potato chips) sendiri di rumah. Bahan-bahan pun senang je.
RESIPI BUAT POTATO CHIPS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang – beli online di sini
2 sudu cuka – beli online di sini
500ml air
Serbuk perasa (seasoning)
Minyak secukupnya (untuk menggoreng) – beli online di sini
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
CARA-CARA:
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nak guna penyagat (slicer) pun boleh.
2. Panaskan air bersama cuka. Apabila sudah mendidih, baru masukkan hirisan kentang tadi dan biarkan dalam 3 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Angkat dan bilas kentang tersebut dengan air bersih. Lepas tu, toskan sebelum menggoreng.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing.
5. Apabila sudah nampak garing, bolehlah angkat. Kemudian tabur serbuk perasa kesukaan anda. (saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef, beli di kedai eco saja).
6. Gambar close-up, nipis dan rangup. Ni kalau makan sambil tengok tv, memang sedap sangat!
Kredit resipi: Mar Dhiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Shepherd’s Pie Cheese, Resipi Pai Yang Paling Mudah Disediakan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Buah Kukus ‘legend’ Lembab, Ikut Cara Sue M. Arukin
Kek buah ni memang ada macam-macam versi. Ada yang dibakar dan ada pula resipi versi dikukus. Bagi Sue M. Arukin ,penulis masakan, kek buah kukus adalah antara kek old school atau kek legend yang agak rumit pembuatannya.
.
Sue mula belajar buat kek buah kukus ini kira-kira 24 tahun dulu. Banyak resipi dan versi kek buah yang Sue belajar, namun inilah resipi yang paling kena dengan seleranya. Lembab dan lembut secukupnya.
.
Kalau nakkan resipi kek buah kukus yang lembut, lembab dan sedap, bolehlah cuba resipi ini ya. Min pasti ia menepati selera anda pula.
KEK BUAH KUKUS
.
BAHAN-BAHAN :
- 300gm tepung gandum
- 300gm buah kering campur (gunakan buah-buahan campur yang berkualiti )
- 250gm mentega asli (kalau guna marjerin rasanya akan lain)
- 3 biji telur grade A
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/4 sudu teh cream of tartar
- Secubit serbuk kulit kayu manis (optional)
BAHAN B (untuk gula hangus):
- 280gm gula (kalau suka lebih manis gunalah 300grams)
- 1/4 cawan air
CARA MEMASAK :
1. Buat gula hangus terlebih dulu. Masukkan gula dalam kuali lalu kacau hingga perang. Tuang air dan kacau sebati. Masukkan mentega lalu masak hingga cair. Masukkan campuran buah kering lalu kacau rata. Sejukkan sebentar.
2. Tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar dan serbuk kulit kayu manis diayak sebati dan masukkan ke dalam kuali berisi campuran buah, mentega & gula hangus yang dah sedikit sejuk. Gaul rata guna spatula kayu saja (jangan kacau berlebihan, nanti buah mendap).
3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla (guna whisk) hingga agak kembang (tak perlu terlalu kembang). Kemudian tuang ke dalam kuali adunan tadi. Kaup balik kan sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang acuan yang telah dialas dengan parchment paper. Tutup loyang dengan aluminum foil (supaya wap air tak kena permukaan kek).
5. Kukus kek selama 4 jam. 3 jam pertama kukus guna api sederhana, 1 jam terakhir guna api sederhana kecil. Selepas 4jam dikukus, keluarkan kek dari periuk pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong.
.
Tip penting dari Sue:
*Didihkan air terlebih dahulu dalam periuk pengukus sebelum mula mengukus kek.
*Sentiasa sediakan air mendidih secukupnya untuk ‘top-up’ air dalam periuk pengukus (jangan leka, nanti air kukusan kering kek akan hangus).
*Untuk resipi ini saya guna acuan 7×7 empat segi (loyang aluminum). Saya tak galakkan kek dikukus dalam bekas plastik pakai buang atas faktor kesihatan (sila refer kepada pakar atau boleh google kenapa tak di galakkan menggunakan bekas plastik pada suhu tinggi).
*Dont substitutes ingredients. Gunalah bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Nanti kalau ada plan nak jual atau buat berniaga, barulah boleh cakap Premium Fruits Cake (Sebab guna bahan-bahan premium, jangan sesuka hati claim premium tapi guna bahan-bahan berkualiti rendah, tak baik tau!)
Padanler kek kukus buah Sue terbaik dan sedap.
Kredit Foto & Resipi : Sue.M. Arukin
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR YANG BERKUALITI, JOM LAYARI DI SINI. BELI ONLINE KAN LEBIH MUDAH.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Nak Kek Kukus Lembut & Lembab, Ikut 5 Resipi Norbaini Rahwi Ni
Pau Mawar Cantik Rupa, Sedap Dan Gebu Rasanya.
Min cukup berkenan menengok pau tiga warna nih. Comel aje bentuk bunga rosnya. Namanya pun pau mawar. Boleh aje dijadikan kudapan bila tetamu datang berkunjung.
Jom kita semak resipi dari FB : Jalilah JJ
PAU MAWAR JJ
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung pau
- 7gm double action baking powder
- 45gm shortening
- 7gm mauripan
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu teh garam halus
- 10 oz @ 235 ml air
- 10gm cream super
Bahan inti :
(salah satu dari inti di bawah)
Kaya
Kaya pandan
Kacang merah
CARA MEMASAK :
1. Ayak tepung pau dengan double action baking powder.
2. Kemudian gaulkan shortening dan tepung jadi serbuk roti
3. Satukan air, gula, susu dan larutkan. Biarkan berbuih, dalam 10 minit
4. Campurkan garam dan kacau hingga sebati.
5. Masukan air dalam tepung uli hingga jadi doh. Sapukan cream super pada doh.
6. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.
7. Uli doh hingga licin dan lembut dalam 1/2 jam kalau guna tangan dan jika menggunakan mixer dlm 10 minit @ pastikan doh sekata warnanya.
8. Timbang setiap doh 15 g dan inti kacang 9 g.
Peringatan:
***Jerang air kukusan dahulu sebelum membuat pau. Kalau nak pau kita wangi semasa jerang, kukusan itu dicampurkan dengan 10 helai daun pandan, baru dikukus Nanti mesti rasa pau yang dibuat lagi sedap dan wangi.
Insyallah..
***Kukus selama 7 minit
Sumber fb: Jalilah JJ
6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak
Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.
Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .
Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.
1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL
BAHAN-BAHAN :
- 200gm bebola sotong
- 20ml kicap cair
- 20gm bawang holland
- 40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
- 40gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 40gm nenas | dipotong dadu
- 60ml sos tomato
- 60ml sos cili
- 10gm serbuk lada hitam
- 100ml minyak jagung
- 120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
- Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
- Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
- Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang/bakar
Jenis masakan : Bebola sotong
Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ
Anggaran kos : RM10
Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.
2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE
BAHAN-BAHAN :
- 320gm corned beef
- 10gm keju cheddar
- 40gm keju mozarella
- 60gm tomato pronto
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10gm bawang putih | dicincang halus
- 80ml susu segar
- 60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
- 4gm parsli Inggeris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
- Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
- Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
- Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
- Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
- Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
- Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
- Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : gril/panggang
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.
Anggaran kos : RM28
Info Chef : Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.
3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL
BAHAN-BAHAN :
- 20gm baby bayam
- 20gm cili benggala merah | didadu besar
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 40ml minyak zaitun
- 60gm jejari ketam | dikisar kasar
- 10ml jus lemon
- 60gm mentega
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK :
- Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
- Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
- Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
- Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 16 minit
Cara memasak : tumis dan reneh
Jenis masakan : Sup
Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam
Anggaran kos : RM8
Info Chef : Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.
4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO
BAHAN-BAHAN :
- 60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
- 200gm beras risotto
- 10gm saderi | dicincang halus
- 20gm kacang pis
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10ml minyak zaitun
- 2gm parsli Inggeris
- 20gm asparagus | dipotong
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
- Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
- Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya
Anggaran kos : RM20
Info Chef : Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.
5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE
BAHAN-BAHAN:
- 180gm bebola daging
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 10gm paprika
- 4gm lada hitam
- 20gm pes tomato
- 20gm saderi
- 20ml minyak jagung
- 320gm pasta tagliatelle
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
- Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
- Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
- Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Stew
Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan
Anggaran kos : RM12
Info Chef : Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine
6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD
BAHAN-BAHAN:
- 240gm sosej daging lembu
- 20gm bawang holland | dihiris bulat
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
- 6 biji roti ciabatta
- 10ml minyak zaitun
- 6gm zaitun hitam
- 20gm tomato | dicincang halus
- 10gm campuran salad
- 2gm lada hitam
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
- Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
- Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
- Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak :Gril
Jenis masakan : Kudapan petang
Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang
Anggaran kos : RM16
Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.
RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.