Biasa kita degngar Basque Burnt Cheese Cake Aje. Siapa sangka boleh jadi topping untuk roti. Buat sarapan atau minum petang , memang enak sangat nih.

Resipi mudah dibuat ini adalah hasil perkongsian daripada Farisha Sofea. Luangkan masa kejap aje, dah siaappp.

BREAD WITH BASQUE BURNT CHEESE TOPPING


Bread With Basque Burnt Cheese Topping, Bukan Sekadar Kek Aje
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 8 – 10 keping roti

Bahan B :

IKLAN
  • 125gm krim keju – beli online DI SINI
  • 1/4 cawan susu penuh krim – beli online DI SINI
  • 2 keping keju
  • 2 sudu besar gula – beli online DI SINI
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 biji kuning telur
  • sedikit jus lemon / esen vanilla – beli online  DI SINI

Bread With Basque Burnt Cheese Topping, Bukan Sekadar Kek Aje
.

CARA MEMASAK :
1. Satukan krim keju , susu penuh krim dan kepingan keju di dalam periuk .
2. Untuk versi baby , gantikan gula dengan puri kurma / madu dan langkau penggunaan kepingan keju .
3. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana perlahan .
4. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi licin .
5. kemudian masukkan gula , aduk rata .
6. Masukkan pula mentega bersama kuning telur dan juga sedikit jus lemon / esen vanilla .
7. Kacau sehingga adunan menjadi likat .
8. Tutupkan api .
9. Sapukan Bahan B pada Bahan A dan susunkan di dalam loyang pembakar .
10. Ulang proses sehingga selesai .
11. Panaskan oven .
12. Bakar pada suhu 200C selama 10 – 15 minit atau sehingga bahagian atas kelihatan hangus .

Bread With Basque Burnt Cheese Topping, Bukan Sekadar Kek Aje
.

siap , selamat mencuba !

IKLAN

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea

 

NAK BELI OVEN TERBARU, JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA BERMINAT DENGAN RESIPI INI :

IKLAN

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

 

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap & Mudah

Sejukkan Tekak Dengan Homemade Mango Cheese Aiskrim

Resipi Basque Burnt Cheesecake Sedap, Mudah & Gerenti Jadi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI