Mudah, cepat dan enak! Pizza Cones Berkeju ni memang layan. Cara nak buatnya pun tak susah malah lengkap dengan sayur-sayuran. Bagi anda yang gemarkan rasa keju, ha…pasti sukakan  hidangan ini. Cubalah! Sekali makan, pasti nak lagi.

PIZZA CONES BERKEJU

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 150gm sos pasta segera
  • 50gm isi jagung manis ( dalam tin)
  • 50gm lada benggala hijau | potong dadu
  • 50gm bawang besar | potong dadu
  • 60gm keju cheddar | potong dadu
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • Roti sandwic secukupnya
  • Air
  • Keju mozarella secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan sos pasta, jagung, bawang besar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan lada benggala. Gaul lagi hingga sebati.
  3. Ambil roti dan potong tepinya.
  4. Gelek roti hingga nipis. Sapu air pada sisi roti dan bentukkan menjadi bentuk kon.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar roti yang telah dibentuk tadi selama 5-7 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan roti.
  7. Sudukan inti ke dalam kon roti dengan secukupnya.
  8. Seterusnya sudukan keju mozarella.
  9. Bakar kembali menggunakan suhu yang sama selama 5 minit.
  10. Sedia untuk dinikmati.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI