penyek siap

Ayam penyet antara menu yang mudah disediakan dan sangat digemari ramai. Berikut disediakan empat variasi ayam penyet yang boleh dimasak. Penggemar ayam penyet boleh pipih mana satu resipi yang sesuai dengan selera. Dari segi rasa cara penyediaan hampir sama, cuma rasa dan kepedasan sedikit yang berbeza.

Tak Rugi Cuba 4 Variasi Ayam Penyek Ni.

Ayam Penyek Rangup
BAHAN-BAHAN:

10 potong ayam bahagian paha atas dan bawah } bersih dan toskan.
4cm halia | kisar kasar
4cm lengkuas | kisar kasar
4cm kunyit hidup
2 batang serai | kisar kasar
2 biji limau nipis | ambil jus.
4 helai daun salam
6 ulas bawang putih
8 biji buat keras | sangai dan kisar halus
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL:
1/2 sudu makan makan belacan bakar
3 helai daun limau purut
7 biji cili padi
7 buah cili besar
Daun kemangi secukupnya | jika suka
Garam secukupnya
1/2 biji tomato
1sudu teh hirisan gula Melaka
Sedikit garam | jika kurang masin

CARA MEMBUAT:

  1. Gaulkan ayam dengan air limau nipis dan sedikit garam. Biarkan 15 minit.
  2. Cuci bersih sehingga hilang bau henyirnya.
  3. Sambil itu, masukkan semua bahan kisar bersama daun salam ke dalam periuk.
  4. Tambah air dan renehkan di atas dapur.
  5. Kemudian masukkan ayam, dan masa katas api sederhana. Apabila ayam sudah masak, angkat dan toskan.
  6. Goreng ayam menggunakan minyak banyak dan panas.
  7. Setelah ayam bertukar warna kuning keperangan angkat dan toskan.
  8. Untuk sambal: Campurkan semua bahan kecuali garam. Kisar hingga halus.
  9. Jika kurang masin boleh tambah garam dan perahan sedikit jus limau nipis.
  10. Hidangkan ayam goreng berserta seredanya sekali bersama nasi, hirisan tomato, ulam timun, tempe dan tahu goreng.

Tak Rugi Cuba 4 Variasi Ayam Penyek Ni.

IKLAN

Ayam Penyek Super Pedas
BAHAN-BAHAN:
2 potong paha ayam | bagian atas dan bawah
400ml air
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
2 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar | sangrai
3cm kunyit
1,5 sudu teh garam
BAHAN UNTUK SAMBAL:
10 biji cili kering
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
1 biji tomato | belah empat
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula melaka yang telah diparut atau hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
BAHAN SAMPINGAN:
3 potong tahu goreng
3 potong tempe goreng
Hirisan tomato dan timun

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Cuci bersih ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar, garam dan rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan.
  3. Untuk sambal: Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.
  4. Sambal sedia dihidangkan dengan nasi, ulam timun, tomato, tahu dan tempe goreng.

Tak Rugi Cuba 4 Variasi Ayam Penyek Ni.

AYAM PENYEK SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana, cuci bersih dan tos
Minyak masak untuk menggoreng
Ulam-ulaman | ikut selera
BAHAN AYAM GORENG:
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh ketumbar
Garam secukupnya
Perasa ayam secukupnya
2cm kunyit
2 helai daun limau nipis
BAHAN SAMBAL:
1 bIJI tomato
1/2 sudu teh belacan bakar
15 biji cabai padi
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Garam secukupnya
Gula Melaka secukupmnya

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Gaulkan ayam bersama bahan kisar dan tambah air sekukupnya di atas dapur hingga masak.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Sementara itu sendiakan sambal: Goreng tomata, cili, bawang putih dan merah. Angkat dan toskan.
  1. Masukkan bahan sambal dalam pengisar, tambahkan belacan goreng, garam dan gula melaka secukupnya.
  2. Kisar lumat, keluarkakan sambal dalam pinggan hiding dan letakkan ayam di atasnya.
  3. Hias dengan ulan-ulaman .
  4. Hidangkan bersama nasi putih.

Tak Rugi Cuba 4 Variasi Ayam Penyek Ni.

Ayam Penyek Sambal Bawang
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging ayam | potong 10 atau 12 bagian)
Minyak goreng secukupnya
2 sudu teh garam
1 sudu makan ketumbar
4 ulas bawang putih
5cm halia, memarkan
5cm lengkuas, memarkan
5cm kunyit
Serbuka perasa ayam secukupnya
BAHAN SAMBAL BAWANG:
4 ulas bawang putih | goreng
15 biji cili padi | goreng hingga layu
Serbuk perasa ayam secukupnya
Garam secukupnya
Gula putih secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
Daun kemangi secukupnya
Ulaman seperti timun dan tomato

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar garam, ketumbar, bawang putih dan kunyit.
  2. Masukkan air dalam periuk, tambah ke dalamnya bahan kisar dan air, garam, gula dan serbuk perasa ayam.
  3. Renehkan hingga ayam masak atau empuk.
  4. Angkat dan toskan,
  5. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing.
  6. Sediakan sambal pula, cili padi bawang dan bawang putih yang digoreng tadi dikisar.
  7. Kemudian perasakan denan garam, gula dan serbuk perasa ayam secukupnya.
  8. Setelah siap sambal, hidangkan dengan goreng dan ulam-ulaman.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI