Selalu ada nampak orang buat dan jual kek mini coklat dan cheese leleh dalam bekas kecil. Bagus juga untuk bantu tambah pendapatan keluarga.

Jika anda berniat untuk berniaga secara kecil-kecil dan tak tahu nak jual apa, boleh cuba resipi kek mini coklat dan cheese leleh daripada Habsah Ngah ini.

Resipinya sangat senang dan bahan yang digunakan pun mudah didapati. Boleh cuba selain daripada untuk niaga, tetapi buat makan untuk anak-anak.

 

KEK MINI COKLAT MOIST

Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat

BAHAN UNTUK KEK COKLAT:

1 cawan minyak masak* – beli online di sini
1 cawan gula* – beli online di sini
1 cawan susu pekat* – beli online di sini
1 cawan susu cair* – beli online di sini
1 cawan serbuk koko*
1 ½ cawan tepung gandum | ayak – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder | ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat | ayak
3 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan semua bahan bertanda * . Masak menggunakan api paling perlahan sampai semuanya sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semuanya.
3. Satukan telur dalam satu mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar.
4. Tuang tepung yang diayak tadi berselang-seli dengan telur dalam adunan kek tadi. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau.
5. Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati. Tapis adunan tadi supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung.
6. Sekarang dah boleh untuk kukus. Kalau guna bekas macam saya, letak dalam 2 sudu besar adunan. Jangan letak banyak, nanti tak muat nak letak topping pula.
7. Kukus selama 10 minit saja dengan menggunakan api besar. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu baru letak topping.

Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat

BAHAN TOPPING COKLAT:

1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
½ cawan susu cair

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MENYEDIAKAN:

IKLAN

1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double boiler atau atas dapur je. Guna api paling perlahan kalau terus atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.

Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat
2. Angkat dan biarkan suam sedikit. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tiada ketulan serbuk koko.
3. Tabur coklat rice untuk hiasan. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.

 

KEK MINI CHEESE LELEH

Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat

BAHAN A:

4 biji telur (saya guna saiz B je, biasanya untuk kek guna A)
1 cawan gula halus/kastor
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil emulco pandan coconut*
1 sudu kecil pewarna hijau*
*untuk perisa dan pewarna, kalau nak banyak perisa, boleh letak bila adunan dah siap. Bahagi kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa.

Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat

BAHAN B: (ayak sekali)

IKLAN

1 ¾ cawan tepung (saya guna 1 cawan self-raising flour + ¾ cawan tepung gandum)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar (optional, tak letak pun takpa)

BAHAN C:

4 sudu besar minyak masak

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan-lahan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

2. Masukkan bahan ayak B dan putar hingga sebati. Matikan mixer.
3. Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah-tengah.

Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya, asalkan bersih.
5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas.
6. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek sama ada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau.
7. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi.
8. Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut. Kalau acuan plastik/kecil tunggal tunggu sejuk boleh letak topping.
9. Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese.

BAHAN CREAM CHEESE LELEH:

IKLAN

250g cream cheese
½ cawan susu pekat manis
½ cawan whipping cream/susu cair/susu full cream
Cheddar cheese | sagat @ terpulang nak letak hiasan apa

Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat

CARA MENYEDIAKAN:

1. Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat.
2. Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping, boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan.
3. Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.

NOTA TAMBAHAN:

1. Pastikan guna telur dari peti ais ya. Sejukkan dulu sekejap.
2. Nak sukat bahan, saya guna cawan minum teh tu je.
3. Mix telur, gula kastor dan ovellate high speed selama 15 minit atau sampai adunan gebu ringan, berwarna putih berkilat.
4. Perlahankan putaran, baru letak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar yang dah diayak terlebih dahulu. Tak perlu mix lama-lama. Cukup nampak dah tiada ketul tepung je.
5. Pastu masukkan pula minyak masak. Tak perlu mix lama-lama juga. Bila dah siap, bagi rehat sekejap.
6. Panaskan periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, boleh mula mengukus. Pastikan api kuat ye. Kalau bekas kecil-kecil, saya kukus selama 7-8 minit je. Masa tu ikut berapa banyak susunan bekas dalam periuk. Kalau padat, masa kukus tu bagi lebih sikit.

Kredit resipi: Habsah Ngah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

4 Resipi Mudah Sarapan Untuk Anak-Anak, Masak Guna Air Fryer Je

Resipi Mudah Spaghetti Bolognese, Cheezy Wedges, Garlic Bread & Mushroom Soup

Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI