Kecoh pakat duk cuba buat Biskut Susu Alien. Macam-macam rupa ada. Ada yang leper, ada yang senget macam naik roller coaster, macam-macam rupa! Ni ada resipi baru yang boleh dicuba. Biksut Meringue Cute. Comel! Guna dua bahan je. Anak-anak pasti suka. Sesuai juga dijadikan buah tangan untuk majlis-majlis istimewa.

BISKUT MERINGUE CUTE

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 100gm telur putih 
  • 200gm gula kastor
  • Pewarna pilihan (jika suka)

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan putih telur dan gula dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kental. ( bila terbalikkan bekas, adunan tak jatuh.)
    Jika suka, boleh titiskan sedikit pewarna pilihan. Kaup balik hingga rata. Jika tidak suka, boleh sahaja kekalkan dengan warna asal.
  2. Masukkan adunan meringue ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper. Bentuk biskut ikut kreativiti anda.
  3. Bakar pada suhu 100C selam 60 minit.
  4. Setelah siap, boleh lukiskan mata dan mulut pada biskut menggunakan edible pen.

 

IKLAN

Kredit resipi & foto: Noor Rabi Atul Adawiyah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI