Apa jua jenis bingka semuanya enak untuk dinikmati. Namun tidak semua yang dibeli itu memenuhi citarasa dengan rasa lemak dan manis yang sempurna. Labu selain dibuat gulai, enak juga dibuat kuih bingka. Kalau ada yang teringin bingka labu boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Fauziah Yahya .
Bingka Labu
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 cawan labu dilecek – rebus dulu labunya
3 cawan santan – 1 kotak santan kecil jadikan 3 cawan
3 biji telur – apa-apa gred pun boleh
3 sudu marjerin
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit bijan
Cara memasak :
1.Kisar ke semua bahan hingga sebati.
2.Sapukan loyang dengan sedikit marjerin masukkan ke dalam loyang dan tabur bijan.
3.Bakar 1 jam pada suhu 180C hingga masak gunakan api atas bawah.
4.Tunggu sejuk baru boleh dipotong.
Kredit: Fauziah Yahya
Cara Buat Kuih Bengkang Tumis Utara Sedap Untuk Minum Petang
http://www.rasa.my/lemak-manis-kuih-jongkong-lejen-ni-nikmat-dimakan-ketika-sejuk/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Karipap Kurma Daging Sedap, Kulit Rangup Dari Pagi Sampai Petang
Sedapnya bila makan Karipap Kurma Daging panas-panas. Sebenarnya karipap inti apa pun memang sedap bila dimakan sejurus lepas digoreng.
Biasanya karipap intinya adalah kari kentang dan juga sardin. Namun saudari Shida Razak KC, beliau kongsikan resipi karipap yang lain sedikit dimana ia menggunakan inti kurma daging. Wow…Menarik!
Malah kulitnya juga menggunakan resipi dari ibunya. Kata beliau kulit karipap ini, jika digoreng waktu pagi, petang pun masih rangup lagi. Memang sedap sangat ni.
Jomlah cuba buat resipi Karipap Kurma Daging yang sangat sedap ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK KARIPAP KURMA DAGING PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN INTI:
- 500gm daging – potong dadu
- 1kg ubi kentang – beli online disini
- 100gm serbuk kurma – beli online disini
- 1 sudu besar serbuk lada hitam – beli online disini
- 2 ulas bawang merah – hiris
- 5 ulas bawang putih – hiris
- Serbuk kayu manis – beli online disini
- Air rebusan daging
- Garam & gula secukup rasa
- 1 kiub daging – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Rebus daging hingga lembut dan empuk. Ketepikan.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
- Masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
- Masukkan kentang dan air rebusan daging secukupnya. Masak hingga ubi kentang empuk.
- Masukkan daun sup dan gaul sebati. Siap dan sejukkan inti.
RESIPI KULIT KARIPAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu kecil garam halus
- 2 sudu besar marjerin – beli online disini
- 1/3 cawan minyak masak – beli online disini
- 1 cawan air sejuk
CARA MEMBUAT:
1.Gaul tepung gandum, garam dan marjerin sampai jadi macam serbuk roti.
2.Panaskan minyak masak dan tuangkan dalam campuran tepung yang digaul dengan marjerin tadi. Gaul guna sudu.
3.Kemudian, masukkan air sejuk dari peti ais sedikit demi sedikit dan ulilah sampai doh tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang cantik.
4.Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.
5.Cukup 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.
6.Canai doh dan masukkan dalam acuan karipap. Isikan inti yang telah disejukkan tadi dengan secukupnya dan kepit. Boleh juga kelim guna jari secara manual.
7.Bila sudah siap, goreng karipap hingga kekuningan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Shida Razak KC
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Lompat Tikam Versi Kelantan, Hidangan Menarik Untuk Minum Petang
Warna hijau lembut kuih lompat tikam ini sahaja sudah menggoda jiwa. Apatah lagi dengan sos gula Melaka dan juga kuah santan. Terasa-rasa lemak manis yang sukar nak ditolak. Melalui facebook Anys Idayu Zakaria telah berkongsi resipi kuih lompat tikan versi Kelantan yang sangat disukai ramai.
LOMPAT TIKAM VERSI KELANTAN
BAHAN UNTUK TEPUNG
• 3 cawan tepung beras
• Garam secukup rasa
• Air kapur (boleh ganti dengan dua sudu tepung jagung. Tujuannya untuk bagi tepung tak lembik)
• 6 cawan air
• Air daun pandan (boleh guna dua titik pewarna hijau)
CARA MEMBUAT TEPUNG
1. Campur semua bahan dan tapis. Masukkan dalam kuali.
2. Kacau sampailah pekat dan likat.
3. Bila nampak menggelembung dan melompat, maknanya tepung tu dah masak.
4. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang. Ratakan tepung. Sejukkan supaya nanti nak ambil makan dah agak keras.
BAHAN KUAH SANTAN
• Santan sekotak
• Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT KUAH SANTAN
1. Panaskan santan dalam periuk dan kacau.
2. Masukkan garam.
3. Apabila dah mendidih, tutup api.
BAHAN AIR GULA MELAKA
• Seketul gula melaka.
• Kacau dan masak atas dapur. Tambah air. Ikut sukatan sendiri.
• Aku tambah sesudu tepung jagung nak bagi agak pekat sikit.
CARA MEMBUAT AIR GULA MELAKA
1. Hiris gula melaka
2. Masukkan dalam periuk dan tambah air. Biarkan gula hancur.
3. Tambah tepung jagung sikit untuk pekatkan kuah. Siap.
Kredit kepada Anys Idayu Zakaria
Link: https://www.facebook.com/groups/2266202376809538/permalink/2974924992603936/
Cara Mudah & Cepat Masak Pulut Guna Acuan Lompang
Pulut mudah masak jika kena dengan caranya. Ia enak dimakan dengan pelbagai cara seperti dimakan bersama serawa, bubur, dibuat Pulut Inti, Pulut Sambal dan sebagainya. Namun ramai yang kurang gemar membuatnya dek kerana perlu memasak dalam jumlah yang banyak dan mengambil masa yang agak lama. Menerusi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim, beliau kongsikan cara mudah untuk memasak pulut kukus dalam jumlah yang sedikit dan cepat dimasak. Hanya perlukan masa 10 minit sahaja. Jom lihat cara-caranya.
TEKNIK KUKUS PULUT SUPAYA CEPAT MASAK & SEDAP DIMAKAN
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – beli online disini
Air
Secubit garam
Acuan kuih lompang – beli online disini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan beras pulut dan toskan airnya.
2. Isikan beras pulut ke dalam acuan lompang. Jika suka, boleh oles sedikit minyak pada acuan. Jika tidak oles pun tidak mengapa. Pulut tidak melekat.
3. Isikan air sama paras dengan beras pulut dan secubit garam.
4. Rendam atau biarkan beras pulut terendam bersama air selama 10 minit.
5. Panaskan periuk kukusan. Susun acuan lompang dan kukus selama 10 minit.
6. Jika terlebih masa kukus pun tidak mengapa. Pulut tidak akan lembik.
7. Angkat, keluarkan pulut dari acuan dan bolehlah dinikmati mengikut selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Nuraishah Binti Ibrahim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sweet Sour Chicken Mudah & Sedap Tanpa Guna Sos Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official