Bihun Tomyam Campur Pedas Dan Masam
Bihun Tomyam Campur Pedas Dan Masam

Rasa bihun tomyam campur pedas dan masam secukup rasa. Kuah tomyam yang pekat dan merah hingga terasa pedas berapi walaupun hanya memandangnya. Memang terbaik! Bihun boleh juga digantikan dengan kuetiaw mengikut citarasa sendiri.

 

RESIPI BIHUN TOMYAM CAMPUR PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm bihun
  • 10 ekor udang besar | dibelah dua
  • 10 biji cili padi | diketuk
  • 200gm bawang besar | dihiris
  • 200gm sotong | dihiris
  • 200gm isi ayam | dihiris
  • 200gm tomato | dihiris
  • 4 helai daun limau purut | dikoyak
  • 2 batang serai | diketuk
  • 6 sudu makan pes tomyam
  • 4 biji limau nipis | diambil jusnya
  • 200gm lobak merah | dihiris
  • 200gm bunga kubis | dipotong kecil
  • 200gm putik jagung |dibelah dua
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air kemudian celurkan bihun sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Untuk kuah tomyam, didihkan air bersama pes tomyam dan bawang besar. Anda juga boleh hasilkan pes tomyam sendiri, klik homemade pes tomyam untuk resipi.
  3. Selepas itu masukkan cili padi, daun limau purut, jus limau, serai, bunga kubis, lobak merah, putik jagung dan isi ayam.
  4. Setelah ayam dan sayuran keras masak, masukkan pula udang, sotong dan tomato
  5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
  6. Ambil sedikit bihun dan masukkan ke dalam mangkuk.
  7. Tuangkan kuah tomyam ke atasnya. Sedia dinikmati.

 

IKLAN

Tip untuk dapatkan bihun tomyam campur pedas dan masam secukup rasa

  • Masukkan cili boh atau cili kisar untuk dapatkan warna merah yang cantik
  • Jus limau boleh digantikan dengan perahan air asam jawa untuk mendapatkan rasa masam
  • Sayuran keras seperti kobis, lobak merah dan putik jagung perlu di masukkan lebih awal berbanding tomato
  • Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging yang dihiris.
  • Memandangkan udang dan sotong cepat masak, masukkan ayam lebih awal sebelum udang dan sotong
  • Kuah tomyam ini sedap juga dimakan dengan nasi panas

 

 

IKLAN

Dekat rumah belum ada PERIUK KUKUSAN @ FOOD STEAMER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi & petua dapur yang bermanfaat? Boleh klik link di bawah ni:

IKLAN

Tom & Jerry Cheese Cake. Kek Comel Buat Pengemar Keju.

Resipi Kek Keju 4 Bahan. Mudah, Sedap & Super Gebu.

Tip Pilih Durian Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI