Tepung Bungkus atau dikenali juga  sebagai Kuih Dara Dua Sebilik kerana dalam satu bungkus intinya di isi dua bahagian antara adunan tepung. Ia diperbuat dari tepung beras, santan dan inti kelapa sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau untuk dibuat dengan kelapa tidak terlalu tua dan mennggunakan gula kabung atau gula melaka. Memang mantaplah rasa, tak rugi kalau korang buat sendiri. Resipi macam biasa dikongsikan di bawah.

KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan segar
1 sudu teh garam
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa | putih sahaja
1 cawan gula melaka
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan | simpul
1 sudu makan tepung gandum

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Dalam periuk, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau rata.
  2. Renehkan atas api kecil hingga pekat.
  3. Untuk membuat inti: Masukkan gula melaka, gula pasir, air, daun pandan dan secubit garam.
  4. Renehkan guna api perlahan hingga gula hancur.
  5. Masukkan kelapa, kacau sebati hingga air kering.
  6. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
  7. Tutup api dan biarkan sejuk.
  8. Letakkan adunan tepung atas daun pisang seperti dalam gambar dan letakkan inti di dua bahagian atas adunan tepung. Kemudian balut dengan daun pisang seperti buat lepat biasa.
  9. Kukus selama 10 minit atau hingga masak.
  10. Setelah masak Tepung Bungkus sedia dihidangkan.

Kredit : iffat irdina

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI