Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga

Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga

Walaupun ringkas sandwich boleh mengalas perut dan membekalkan tenaga seharian anda.

TUNA SANDWICH CREAMY

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin tuna dalam air
  • 5 sudu makan mayonnaise
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan susu pekat.

CARA MENYEDIAKANNYA:

IKLAN
  1. Lenyekkan tuna. Masukkan semua bahan dan gaul Sebati.

BAHAN HIASAN:

  • 2 biji tomato dihiris nipis bulat-bulat
  • Salad

CARA BUAT SANDWICH TUNA:

  1. Roti buang bahagian tepi. (Boleh juga kalau tidak buang)
  2. Sapu roti dengan sedikit mentega. Sapu rata tuna.
  3. Letak Tomato hiris dan Salad. Atas salad letak cheese slice dan letak roti.
  4. Kemudian potong segi tiga atau mengikut kesukaan masing masing.

Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga

IKLAN

Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga

BEEF SANDWICH

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 steak/daging yang sudah dibakar (hiris nipis-nipis)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih dihiris.
  • sos blackpaper
  • sos tiram

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang hingga masak atau layu.
  2. Masukkan daging dan sos black dan sedikit sos tiram. Goreng Hingga Masak. Sedia untuk dihidangkan.

CARA BUAT SANDWICH BEEF:

  1. Sapukan roti dengan mentega.
  2. Letakkan daging dan cheese.
  3. Selepas itu letak tomato hiris dan salad.
  4. Letak roti sekali lagi potong segi tiga

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Parmiati Binti Suyudi 

Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI