Pisang bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara penyediaannya. Salah satu yang boleh anda cuba ialah Banofee Pie ini. Rasanya yang manis, berkrim dan penuh sensasi rasa pisang serta karamel. Sedap weh..Ada pula krim putar & parutan coklat. Fuhh..Anda memang perlu cuba.
BANOFEE PIE
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
- 2 biji pisang ranum | dihiris
- Hirisan coklat secukupnya
- 200gm krim putar
BAHAN KERAK:
- 200gm biskut digestive
- 50gm mentega
- 80gm gula
- 50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
- 2 biji kuning telur
- 45gm gula kastor
- 25gm tepung kastad | boleh ganti tepung jagung
- 50gm dairy heavy cream
- 200gm susu segar
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
- Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
- Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
- Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
- Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
- Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.
- Sedia untuk dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muruku Cheese Buat Deepavali Lebih Istimewa
Muruku dan Deepavali sangatlah sinonim. Sama jugalah dengan hari raya dengan lemang. Senang cakap, kena ada. Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah sepanjang Deepavali nanti. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih sedap sebab air tangan sendiri.
Kali ni RASA nak kongsi resipi kudapan berupa muruku cheese yang rasanya manis dan berlemak. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan muruku macam ni.
MURUKU CHEESE
BAHAN-BAHAN
175 gram tepung beras pulut (BELI DI SINI)
250 gram krim keju
100 gram gula ising
1 biji telur ayam
60 gram air
1/2 sudu kecil garam (BELI DI SINI)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak
1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam.
3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul.
4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana.
5. Angkat muruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Selamat mencuba!
ANDA MESTI SUKA RESIPI INI
Comelnya Labu. Uniknya Pumpkin Bua Loy, Pencuci Mulut dari Thailand
Pumpkin Bua Loy, pencuci mulut yang sangat enak dimakan pada hujung minggu. Dihasilkan daripada tepung pulut, ianya merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari Thailand.
Meskipun pembuatannya agak memakan masa, iaitu ketika membentukkan doh menjadi seakan-akan buah labu, namun rasanya sangat sedap. Memang berbaloi membuatnya.
Ikuti perkongsian resipi dan cara-cara membuat Pumpkin Bua Loy oleh Nor Al Fatihah T-hah ini. Gerenti tak cukup semangkuk.
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan labu (direbus dan dilecek)
3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum jika tak nak liat) – Boleh beli online di sini
Pewarna oren
Pewarna hijau
2 cawan santan pekat – Boleh beli online di sini
2 cawan air
1 cawan gula (ikut tahap kemanisan yang diinginkan) – Boleh beli online di sini
½ sudu teh garam – Boleh beli online di sini
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit sagu
CARA MEMASAK:
Masukkan sagu dan air ke dalam periuk. Masak sehingga sagu bertukar jernih. Ketepikan.
Rebuskan labu dan dilecek.
Satukan labu dan tepung pulut. Gaul hingga menjadi doh.
Asingkan anggaran 2 sudu besar dan campurkan dengan pewarna hijau untuk dijadikan tangkai labu.
Doh selebihnya pula, campurkan dengan pewarna oren.
Ambil sedikit doh oren, gentelkan menjadi bulat.
Tekan dan gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk buat corak labu. Buat lubang di tengah-tengahnya.
Kemudian, ambil doh hijau dan gentel memanjang. Cucuk pada lubang tadi dan kemaskan. Buat sampai habis adunan.
Dalam periuk, didihkan air dan masukkan bebola labu.
Bila dah timbul, angkat dan toskan. Masukkan ke dalam air sejuk supaya bebola tersebut tidak melekat antara satu sama lain.
Di dalam periuk yang lain, masak santan bersama air, gula, garam dan daun pandan.
Apabila dah hampir mendidih, masukkan bebola labu dan sagu tadi. Kacau rata dan siap untuk dinikmati.
Kredit: Nor Al Fatihah T-hah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Daging Masak Lemak Cili Api, Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap
Tomyam Ikan Siakap Undang Selera, Berbaloi-Baloi Masak Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Pemanis Mulut Mudah Disediakan
Pasti ramai yang gemar menikmati hidangan pencuci mulut selepas menikmati hidangan utama. Bahkan, seolah-olah ada yang ‘tidak kena’ jika tidak menjamahnya. Terdapat pelbagai jenis hidangan pencuci mulut sama ada pastri, bubur, kuih muih dan sebagainya. Tepuk dada, tanya selera.
PUDING SANTAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
400ml santan pekat
200ml air
5gm serbuk agar-agar
65gm gula pasir
½ sudu teh garam
Pisang berangan secukupnya |potong dadu kecil
1 helai daun pandan
Air secukupnya
BAHAN AIR SUSU GULA MELAKA:
60gm gula Melaka
120gm susu segar
Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Panaskan santan, air, serbuk agar-agar, garam secukup rasa dan daun pandan sehingga mendidih dan sentiasa dikacau agar santan tidak pecah.
- Kacau adunan sehingga adunan sedikit likat.
- Tuangkan ke dalam acuan yang dikehendaki. Dan taburkan pisang yang telah dipotong dadu.
- Biarkan sejuk. Ketepikan.
- Untuk menyediakan air susu gula Melaka; Satukan semua bahan iaitu gula Melaka, susu segar dan sedikit garam. Kemudian panaskan dan kacau hingga sebati dan sedikit likat.
- Sebelum dihidangkan, tuangkan sedikit air susu gula melaka. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: pisang juga boleh dihancurkan dan dimasukkan ke dalam puding semasa memasak proses memasak.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis pisang dan santan
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Rebus
Anggaran kos: RM10
LEMON CREAM CHEESE BAR
BAHAN-BAHAN:
180gm tepung gandum
70gm gula perang
40gm gula aising
120gm mentega
100gm oat
60gm walnut dibakar dan dihancurkan sedikit
220gm krim keju
1 biji telur
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan parutan kulit lemon
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung, gula aising dan gula perang. Masukkan juga mentega dan gaul menggunakan jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan oat dan kacang walnut. Dan tekankan adunan ke dasar Loyang bersaiz 10 x 10 yang telah disapu sedikit mentega pada keliling dan dasarnya.
- Pukul krim keju bersama telur hingga sebati dan masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon. Gaul hingga sekata. Tuangkan adunan keju tadi ke atas adunan yang ditekan di dalam Loyang tadi. Ratakan dan tabur kacang walnut di atasnya.
- Bakar pada suhu 200 ⁰C selama 30 minit hingga perang permukaan atasnya.
- Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong kepada kepingan sama besar dan dihidangkan.
Info chef: Taburkan juga oat pada lapisan atas keju untuk rasa dan rupa yang menarik.
Saiz hidangan:3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak dan masam bangkitkan selera
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14
SERAWA LABU
BAHAN-BAHAN:
300gm labu |potong dadu saiz sederhana
40gm gula
50gm gula Melaka
200ml santan pekat
2 helai daun pandan
3 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masak air bersama labu sehingga labu sedikit empuk.
- Masukkan gula melaka, gula, garam, daun pandan dan gaul sekata hingga gula larut.
- Kecilkan api dan masukkan santan. Kacau supaya santan tidak pecah.
- Kacau sehingga labu betul-betul empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Tambahkan biji sagu semasa memasak untuk lebih keenakan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis labu
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Rebus
Anggaran kos: RM9
BEBOLA KELAPA COKLAT
BAHAN-BAHAN:
50gm kacang walnut |bakar dan dihancur kasar
130gm mentega |cairkan
250gm gula bising
120gm kelapa parut kering
130gm susu pekat
300-400gm Coklat |untuk celup bebola kelapa
Coklat putih secukupnya untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Satukan mentega, kelapa kering, gula aising dan tuangkan susu pekat. Gaul hingga sebati.
- Masukkan kacang walnut dan gaul hingga sekata.
- Bahagikan kepada beberapa biji bebola dengan berat lebih kurang 13-15 gram setiap satu.
- Masukkan beberapa minit ke dalam peti sejuk.
- Sementara itu cairkan coklat dengan kaedah ‘double boiler’ ataupun menggunakan microwave.
- Keluarkan bebola kelapa dan celupkan ke dalam coklat. Letakkan di atas loyang yang telah disapu sedikit minyak supaya bebola tidak melekat. Ulangi langkah hingga selesai.
- Apabila coklat mulai mengeras. Cairkan coklat putih dan picit ke atas bebola.
- Biarkan bebola seketika hingga coklat mengeras.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Bebola coklat kelapa sesuai dihidangkan sama ada dalam suhu bilik mahupun dihidangkan secara sejuk. Boleh dibalut dengan kertas pembalut coklat untuk memudahkan penyimpanan.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak kelapa dan manis coklat serasi
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : ‘Double Boiler’
Anggaran kos: RM15
KEK KEJU PISANG
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang berangan
225gm krim keju
150gm biskut marie |hancurkan
80gm mentega |cairkan
75gm gula aising
100gm yogurt
2 sudu teh esen vanila
2 biji telur
CARA MEMASAK:
- Campurkan biskut marie yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan hingga sebati dan tekankan pada acuan mufin atau bekas kek berukuran 7 x 7.
- Kemudian bakar sekejap dengan suhu 200⁰C selama 5-8 minit. Keluarkan dan letakkan di dalam peti sejuk sementara membuat lapisan kek. Ketepikan.
- Pukul krim keju bersama gula aising hingga sebati dan masukkan pisang. Pukul sehingga pisang hancur.
- Selepas itu masukkan yogurt bersama esen vanila hingga sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati.
- Tuangkan adunan kek ke atas lapisan biskut tadi. Dan bakar 30-35 minit dengan suhu 200
- Keluarkan dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
- Sesuai dihidangkan sejuk.
Info chef: Hidangkan dengan sedikit krim atau ais krim di atas kek.
Saiz hidangan: 3.5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak keju dan manis pisang
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM15
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam