Orang Jawa mesti tahu akan masakan Ayam Ungkep. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak pandang lauk lain. Ia seperti rendang ayam. Ayam Ungkep sedap bila terasa pedasnya. Anda boleh tambah dan guna cili api ikut tahap kepedasan yang diingini. 

Ayam Ungkep

Bahan-bahan:
2 batang serai -titik
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
Kunyit hidup (Besar Ibu Jari)- tumbuk
Cili padi (Ikut kepedasan yang disukai) – tumbuk
Ketumbar Peket Kecik -rendam dulu supaya senang tumbuk
1 sudu kunyit serbuk (yang ni nak bagi warna ja kalau warna dari kunyit hidup tak cukup. Kalau cukup tak payah letak)
1 sudu makan asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Tutup Periuk hingga ayam masak.
3.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat..

IKLAN

Kredit resepi :by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Sambal Babat Cili Padi.

Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Untuk Sekeluarga Nikmati

IKLAN

Resipi Ayam Kicap Madu Pedas Yang Rangup & Mudah Nak Buat

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI