BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 16
  • Garam dan serbuk kunyit
  • Minyak masak | untuk menggoreng
  • 8 batang serai | titik
  • 1biji bawang besar hiris
  • 6 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 3 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1/2 cawan minyak masak | guna lebihan minyak goreng ayam tadi


BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia



CARA MEMASAK:


1. Ayam dibersihkan,perasakan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, gorengkan ayam  separa masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, kemudian masukkan daun kari, tumis hingga garing menggunakan api sederhana.
3. Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tumis hingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan air asam Jawa, dan kacau lagi seketika.
5. Perasakan dengan garam, gula dan kicap.
6. Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar, masak lagi lebih kurang lima minit atau sehingga timbul minyak.
7. Tutup api dan Ayam Sambal Bali sedia dihidangkan.