Waktu PKP, masak apa-apa pun jalan, maklumlah duduk rumah ahli keluarga asyik lapar je. Apa kata hari ini, anda boleh cuba menu ringkas yang sedap iaitu Ayam Kicap Cili Padi. Walaupun ada macam-macam menu Ayam Kicap ikut selera keluaraga masing-masing dan ramai mak-mak tau membuatnya. Tapi menu ini ringkas tapi sedapnya memang power, gerenti anak-anak suka.

AYAM KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil dan bersihkan
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
12 biji cili padi | boleh tambah cili kalau nak lagi pedas
3 cm halia
2 batang serai

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
IKLAN
  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak goreng dan tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  5. Masukkan pula sos tiram, pes asam Jawa, kicap pekat dan kicap manis.
  6. Setelah pecah minyak masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
  7. Apabila sekata, perasakan dengan, garam dan gula secukup rasa.
  8. Angkat dan hidangkan.

Lagi resipi berkaitan boleh cuba:
https://www.rasa.my/gulai-ayam-cincang-tanpa-santan-yang-sangat-sedap-menu-jimat-pkp/
https://www.rasa.my/rahsia-kurma-ayam-terlajar-sedap-boleh-cuba-ni/
https://www.rasa.my/rahsia-buat-ayam-panggang-lada-hitam-paling-mudah-sedap/
https://www.rasa.my/resipi-ayam-masak-bawang-pulau-pinang-menu-popular-restoran-nasi-kandar/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI