AYAM GORENG CILI KERING BERSAMA KACANG GAJUS

BAHAN-BAHAN:

  •  300gm ayam ] potong kiub
  •  2gm cili kering ] hiris 2cm
  •  3gm halia ] hiris
  •  3gm bawang merah ] hiris
  •  1gm lada hitam ] kisar akasar
  •  1/2gm garam
  •  30 gm minyak lada hitam
  •  3gm serbuk cili
  •  2gm serbuk perasa
  •  10 gm kacang gajus ] goreng sangai
  •  Sedikit minyak masak untuk menumis


CARA MEMASAK:

  1. Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili kering, lada hitam, halia dan bawang merah.
  3. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Goreng dan kacau rata menggunakan api yang kuat.
  4. Kemudian lengkapkan rasa dengan memasukkan garam, minyak lada hitam, serbuk cili, dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan kacang gajus. Kacau rata sebelum dihidangkan.

Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis
Keistimewaan: Enak dan tidak pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15