Kalau tak mahu rasa bersalah untuk masak resipi ini, kamu boleh hidangkan  untuk makan tengahari, sesuai disajikan pada bila-bila masa. Kalau nak lagi sedap cari daging batang pinang tak lah lama nak merebus!..Selamat menjamu selera!

 

Resipi Daging Asam Kunyit

Awas! Resipi Daging Asam Kunyit Hidangan Makan Malam Yang Tak Cukup Sepinggan Nasi!

IKLAN

Bahan-Bahan:

IKLAN
  • 1/2 kilo daging…rebus hingga empuk(kalo xmo rebus pun boleh..cuma masak tu lagi lama la yer)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 5 ulas bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • 10 biji cili padi hiris(potong tengah jangan putus)
  • 1 kuntum bunga kantan(sy saja letak sbb sy suka makan bunga kantan tu)
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
  • 1/4 sdb garam
  • 1 sdt gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 2 1/2 senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi(utk hiasan)

Cara Memasak:

IKLAN
  1. Panaskan minyak..masukkan serai..
  2. bila serai dah perang masukkan bahan hiris..tumis hingga naik bau..
  3. masukkan serbuk kunyit..masukkan pula air asam jawa..dan air rebusan daging..
  4. bila dah mendidih ganas masukkan daging..gula,garam dan serbuk perasa…biarkan kuah kering..
  5. masukkan cili padi dan bunga kantan..kacau sebati..sesuaikan rasa..siap utk dihidang..

Kongsi resipi: Mariana Zainal

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI