TENGAH cari spot menarik untuk lepak-lepak sambil minum kopi? Anda patut masukkan Red Cloud Cafe dalam list tempat makan wajib pergi. Kenapa agaknya kafe ni best? Jarang kita nak jumpa kafe yang ada dekorasi unik. Di sini, elemen Red Indian pada hiasan dinding membuatkan kafe hipster ni lain dari yang lain.

Walaupun kafe ni takdelah besar mana, tapi dengan hiasan dalaman yang best ni membuatkan ia nampak lapang dan menenangkan. Kalau setakat nak lepak-lepak nak makan snek, memang ‘kena’ sangatlah!

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/17%20MAC/3.jpg



Bila ditanyakan tentang dekorasi kafe ni pada ownernya, Hilman Mohd Shukri, idea nak menghias Red Cloud Cafe ni datang dari ayahnya. Dek kerana minat yang mendalam dengan elemen Red Indian, ia menjadi pencetus dekorasi begini.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/17%20MAC/1.jpg



Okay, berhenti cerita tentang deko. Apa kata kita cerita tentang makanan yang ada di sini. Sesuailah sangat dijadikan tempat untuk bersantai, jadi menunya pun yang simple je. Menu di kafe ni tertumpu banyak kepada masakan barat seperti pasta, sandwic dan sup. Sesuai benarlah kalau nak dipadankan dengan  kopi, latte, mocca, coklat, tea, jus dan soda.

Kalau nak tahu, menu best seller di kafe ni adalah adalah Beef Aglio Olio dan Carbonara yang dihidangkan bersama hirisan ayam, keju parmesan, kuning telur dan roti bawang putih yang dipanggang garing. Pergh! Meleleh air liur dibuatnya.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/17%20MAC/2.jpg



Kalau tak nak makan yang terlalu berat, anda boleh pilih aneka sandwic yang berintikan tuna dan mayones, ayam dengan hirisan cili benggala dan hirisan daging pepperoni. Lagipun, siapa yang tak suka sandwic kan? Satu lagi menu best di sini ialah Globe Mushroom Soup yang dihidangkan dalam roti.

Tambah Hilman lagi, di kafe ni mereka mengamalkan konsep dapur terbuka so pelanggan boleh melihat sendiri macam mana setiap order dibuat. Sambil-sambil tu, mereka boleh chit chat dengan chef. Best kan?  

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/17%20MAC/4.jpg



Cakap banyak pun tak guna. RASA memang recommend anda untuk cuba sendiri makanan di sini. Untuk pengetahuan anda, kafe ni beroperasi dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam dan dibuka setiap hari.

 

Red Cloud Cafe
Tesco Ekstra, Seksyen 13,
Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.