DEMI untuk mendekati para pelanggan secara langsung, jenama Mamee telah membuka restoran pertama di bawah jenama tersebut yang terletak di Jonker Street Melaka. Bagi pengunjung yang beragama Islam, tidak perlulagi risau untuk menikmati makanan jika berkunjung ke Jonker Street kerana Mamee Jonker House adalah satu-satunya restoran yang mendapat pengiktirafan halal di kawasan tersebut. Setiap hidangan boleh dinikmati tanpa was-was.

Mamee Jonker Street House telah dibuka setahun yang lalu dan yang pertama di Malaysia. Menurut Pengurus Operasi Mamee Jonker House, Steven Low, walau pun baru sahaja dibuka setahun yang lalu, namun sambutan hangat diterima daripada para pelanggan. "Setakat ini, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Kami tidak menang tangan melayan para pelanggan terutama ketika musim cuti persekolahan dan hari minggu.”

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1811/jonker1.jpg

Pelanggan-pelanggan yang datang terdiri daripada pelbagai peringkat usia malah ramai yang datang bersama keluarga termasuk anak kecil. Oleh itu dekorasi dinding restoran juga warna-warni dan ceria kerana ia menjadi tarikan untuk kanak-kanak. Seolah-olah mereka berada di 'fun house'. Lebih membanggakan Mamee Jonker House baru sahaja memenangi anugerah Naib Johan Premis Makanan Terbersih di Melaka dan anugerah telah disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka.

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1811/jonker2.jpg

Mamee Jonker House menyediakan 10 jenis menu makanan dan 20 jenis minuman. Antara hidangan yang paling digemari ramai ialah Bebola Nasi Ayam Hainan, Laksa Kari Mamee Chef, Mi Goreng Mamak Mamee dan Nasi Lemak.

 

Anda mungkin suka PENANGAN MURTABAK PAK HAMID dan NASI ALA KADAR RM2.50 JADI REBUTAN SETIAP PAGI

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1811/jonker3.jpg

Di tingkat atas Mamee Jonker House turut diadakan program iaitu Lil Monster Kitchen dan Noodle Doodle. Program Lil Monster Kitchen, peserta perlulah berusia enam tahun ke atas dan akan diajar untuk membuat mi bermula dengan proses uli tepung. Manakala program Noodle Doodle terbuka kepada semua usia. Jadi, apabila berkunjung ke sini, ahli keluarga dapat melakukan aktiviti bersama-sama di samping menikmati hidangan lazat yang berasaskan produk premium keluaran Mamee.

Sekiranya berkunjung ke Jonker Street Melaka, jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Mamee Jonker House yang pasti menjanjikan pelbagai pengalaman menarik. Selain menikmati hidangan yang lazat-lazat belaka, pengunjung juga boleh membeli produk terpilih Mamee di situ. Bahkan cendera hati termasuk t-shirt juga ada dijual. Bagi anda yang masih belum mencuba pengalaman menarik di Mamee Jonker House, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke sini.