BAGI penggemar masakan Thai, anda tidak perlu lagi bersusah-susah mengunjungi negara gajah putih itu kerana Restoran De’Thai yang terletak di Oasis Damansara menyajikan hidangan autentik dari sana. Mana tidaknya, bagi memastikan rasa hidangan Thai yang asli dikekalkan, Restoran De’Thai membawa salah seorang Chef terbaik di Thailand sebagai Ketua Chef di restoran tersebut. Chef Sean Bustri merupakan salah seorang dari sepuluh chef terbaik di Thailand.

Susun atur meja yang elegan

Menu yang diketengahkan menggabungkan seleksi hidangan terbaik Thailand yang pastinya menjadikan pengalaman makan malam atau makan tengah hari di De’Thai sesuatu yang tidak dapat dilupakan! Kebanyakan menu yang ditawarkan kepada pelanggan disediakan mengikut resipi asli yang direka khas oleh chef yang berasal dari Thailand.

Chef Sean Bustri, Ketua Chef di Restoran De' Thai

 

Hidangan Autentik Thai
Restoran ini menawarkan lebih 80 hidangan dan 30 jenis minuman kepada pelanggan, namun semestinya hidangan tom yam menjadi tarikan utama di restoran ini. Tomyam di sini mempunyai kombinasi rasa seimbang antara pedas, masam dan manis.

Selain tom yam, hidangan yang mendapat permintaan tinggi ialah Pang Tofu, Chu Chee Kung Mae Nam (Udang Galah Bersama Pes Kari Hijau) dan sudah semestinya Gaeng Khiew Waan (Kari Ayam Hijau). Keenakan cita rasa masakan Thai yang sebenar dapat dinikmati di restoran ini kerana mereka menggunakan khidmat tukang masak yang diimport khas dari Thailand, selain cara memasak yang masih mengekalkan keaslian masakan Thailand.

Panag Tofu, sajian istimewa restoran ini

Restoran dibuka pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang untuk hidangan makan tengah hari manakala jam 6 hingga 12 tengah malam untuk makan malam setiap hari. Restoran De’ Thai turut menyediakan set menu makan tengah hari pada harga yang berpatutan dan pelanggan dapat menikmati hidangan dalam suasana hidangan fine dining tetapi masih mengekalkan kadar harga yang berpatutan. Selain itu, Restoran De’Thai juga turut menyediakan hidangan pencuci mulut istimewa iaitu pulut mangga serta beberapa pencuci mulut klasik Thailand.

Tub Tim Krob, salah satu pemanis mulut popular Restoran De' Thai

Restoran De’Thai mampu memuatkan seramai 150 pelanggan dalam satu-satu masa dan kebiasaannya dalam sehari serta turut menyediakan ruang makan berhawa dingin serta bilik khas untuk tetamu korporat. Malah, ruang atas juga boleh disewa untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan, hari jadi, majlis pelancaran dan sebagainya. Bersesuaian dengan konsep terbuka masakan yang dibuat setiasa mengikut kehendak pelanggan dan pihaknya turut menawarkan perkhidmatan untuk majlis makan bersama keluarga, majlis ulang tahun dan banyak lagi mengikut kehendak pelanggan.

 

Anda mungkin mahu mencuba makanan di RESTORAN SEDAP WEH SAJI 50 JENIS MASAKAN MELAYU dan LAKSA RM1.50 TAMBAH KUAH PERCUMA

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/2710/mkn.jpg

 

Jom beramai-ramai ke Jualan Gudang Akhir Tahun 2015 Karangkraf bermula 30 Oktober-08 November 2015 ini!

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/2710/jualan%20gudang%202015.jpg