Yummy! Kek yang enak dimakan ketika masih sejuk sambil minum teh o panas. Kek lapis kastard sangat mudah dibuat terutama lapisan kastard yang licin dengan langkah-langkah yang betul.

Aroma Enak Kek Lapis Kastard Pandan Glossy

Aroma Enak Kek Lapis Kastard Pandan Glossy

KEK LAPIS KASTARD PANDAN / PANDAN LAYER CAKE

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 5 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk tartar
  • ¾ cawan gula
  • Sedikit perwarna hijau
  • 1 sudu teh emluco pandan
  • ¼ Minyak masak

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Panaskan oven 170′ 10 mnit
  2. Kacau semua bahan-bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu.
  3. Selepas itu masukkan minyak dan gaul sebati.
  4. Gris loyang dengan minyak kemudian masukkan adunan tadi. Hentak sidikit untuk membuang udara.
  5. Masukkn adunan ke dalam oven bakar suhu 170′ selama 50 mnit. (bergantung juga kepada oven masing-masing)

 

IKLAN

BAHAN KASTARD:

  • 1050gm santan  (santan kotak 200g + air)
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 225gm gula
  • 100gm Tepung hoen kwee (hijau)
  • 75g jus pandan (4 helai daun pandan di kisar dengan 75g air) perah dan tapis hanya ambil airnya
  • 1 sudu teh paste pandan
  • Secubit garam

 

IKLAN

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau sampai tiada tepung yang berketul. Gunakan whisk dan seeloknya tapis untuk tekstur yang halus.
  2. Buka api sedrhana. Kacau hingga kental dan berkilat.

 

CARA MELAPIS KEK

  1. Potong nipis kek 3 atau 4 lapis kek. Pastikan saiz kek lebih kecil dari loyang. Kalau kek saiz 7, buat loyang size 8. Ataupun boleh buang sedikit sekliling kek tu supaya saiz jadi lebih kecil.
  2. Sendukkan adunan kastard dalam loyang dan ratakan. Selepas itu masukkan selapis kek.
  3. Tambahkan lagi adunan kastard pampai di bahagian tepi loyang. Ulang langkah yang sama hingga habis.
  4. Sejukkan dalam peti 3-4jam. Lebih sedap makan ketika sejuk.

Kredit: Sheila Cyla

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI