Minum petang apa ye untuk hari ini. Bila semua ada di rumah hidang apa pun pada ahli keluarga pasti habis. Jom kita buat apam susu jagung, paling mudah tak payah makan dengan kelapa pun dah sedap.
Apam susu jagung
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
Lebih kurang 3/4 cawan air suam
3 sudu makan susu jagung (saya guna brand Saji perisa jagung)
1 sudu makan yis -BELI ONLINE DI SINI
5 sudu makan gula pasir
Cara memasak:
1.Campur semua bahan.
2.Pukul sebati.
3.Perap hingga kembang.
4.Dah kembang,kacau balik pukul sekejap.
5.Masukkan dalam acuan.
6.Pengukus panaskan dulu.
7.Kukus apam dalam masa 12 hingga 15 minit.
Kredit:Badariah Abdrahman
# BIKMM
ADA YANG NAK MEMBELI PENGUKUS? BOLEH BELI DI SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Agar-Agar Yang Mudah Tapi Sedap
Mencari menu untuk minum petang? Apa kata buat agar-agar yang mudah dan ringkas ini. Walaupun ringkas tetapi rasanya sangat sedap. Sesuai sungguh untuk dimakan seisi keluarga. Kami kongsikan beberapa resipi agar-agar yang boleh anda cuba buat di rumah.
1. AGAR-AGAR PANDAN LUMUT
BAHAN-BAHAN A:
BAHAN-BAHAN B:
- 2 cawan air suam
- 12 helai daun pandan | dipotong kecil
- Esen perisa pandan
*Disatukan dan dikisar untuk dijadikan air daun pandan
BAHAN-BAHAN C:
- Air daun pandan (Bahan B)
- 2 cawan santan – beli online DISINI
- 400 ml susu sejat
- 1 biji telur gred A
- 2 sudu tepung kastard – beli online DISINI
- Secubit garam
- Pewarna hijau pandan secukupnya | jika mahu warna hijau lebih pekat
CARA PENYEDIAAN:
- Basuh agar-agar tali dan toskan.
- Masak agar-agar bersama 6 cawan air sehingga agar-agar larut di dalam periuk.
- Selepas itu, masukkan gula pasir dan masak sehingga gula hancur.
- Masukkan bahan-bahan C dan kacau sehingga adunan mendidih dan pekat.
- Gunakan api perlahan dan kacau selalu. Pastikan adunan tidak berkerak di dasar periuk. Tutup api.
- Tuangkan ke dalam loyang atau acuan.
- Sejukkan seketika di luar, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
- Potong bila agar-agar sudah keras. Siap!
2. AGAR-AGAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
- 6 gram serbuk agar-agar
- 1 tin krim jagung
- 110gram gula
- 250 ml susu segar
- 350 ml air
- Secubit garam
LAPISAN ATAS:
- 6 gram serbuk agar-agar
- 100 gram gula
- 200 ml santan
- 150 ml air
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Untuk lapisan bawah, didihkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
- Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
- Masukkan susu dan krim jagung. Kacau sebati.
- Tuangkan ke dalam bekas. Biarkan separuh beku. Cakar dengan garfu sebelum dituangkan lapisan atas.
- Untuk lapisan atas, didihkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
- Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
- Masukkan pula santan dan garan.
- Bila dah siap, tuangkan ke atas lapisan tadi.
- Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: Home Creation Kitchen Corner
3. AGAR-AGAR KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
- 1 bungkus serbuk agar-agar
- 900 ml air
- 230 gram gula
- 200 ml santan
- 200 ml susu cair – beli online DISINI
LAPISAN ATAS:
- 1 bungkus serbuk agar-agar
- 550 ml air
- 230 gram gula
- 800 ml air kelapa muda
- 1 helai daun pandan
- Isi kelapa muda
CARA PENYEDIAAN:
- Untuk lapisan bawah, masak serbuk agar-agar, air dan gula di dalam periuk sehingga larut.
- Masukkan santan dan susu. Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan.
- Biarkan beku sedikit sebelum dituangkan lapisan atas.
- Untuk lapisan atas, masuk serbuk agar-agar, air dan gula ke dalam periuk sehingga larut.
- Masukkan air kelapa, daun pandan dan didihkan.
- Buang daun panda dan masukkan isi kelapa muda.
- Cakar-cakarkan permukaan lapisan bawah sebelum dituangkan lapisan atas.
- Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: Home Creation Kitchen Corner
4. AGAR-AGAR BUAH MANGGA
BAHAN-BAHAN:
- 10 gram serbuk agar-agar
- 5 biji buah mangga | dihiris nipis
- 1 cawan susu cair
- 500 ml air
- 200 gram gula
CARA PENYEDIAAN:
- Kisar mangga sehingga hancur. Masukkan gula, serbuk agar-agar dan air ke dalam periuk.
- Masak sehingga gula hancur. MAsukkan mangga dan susu cair. Kacau sebati di atas api perlahan.
- Apabila sudah masak dan pekat, segera masukkan ke dalam bekas acuan.
- Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
5. AGAR-AGAR MILO SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 1.5 liter air
- 1 paket agar-agar
- 1/2 tin susu pekat
- 7 sudu besar serbuk milo
- 1 cawan air panas
- Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan milo dan susu bersama air panas. Kacau sebati dan ketepikan dahulu.
- Rebus agar-agar bersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak.
- Kemudian, masukkan bancuhan milo dan susu tadi ke dalam agar-agar dan kacau sebati.
- Tambahkan gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang anda mahukan.
- Kacau rata sehingga mendidih.
- Bila agar-agar sudah betul-betul masak, tutup api dan masukkan ke dalam bekas atau acuan agar-agar. Biarkan selama 30 minit.
- Kemudian, barulah dibekukan ke dalam peti sejuk. Bila dah beku, bolehlah dihidangkan.
Kredit resipi & foto: The Madelline
Anda mencari ACUAN KUIH? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Buat Kastard Labu Yang Lembut & Terasa Lemak Pada Setiap Gigitan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Sambal Garing Homemade, Makan Dengan Bubur Pun Sedap
Menjelang nak berpuasa nanti, menu sambal wajib ada sebagai pembuka selera. Kalau rajin bolehlah buat sendiri sambal garing. Selain ditabur di atas nasi. makan dengan bubur pun sedap.Bahan-bahan membuatnya juga mudah didapati.
SAMBAL GARING
Bahan-bahan:
- Cili kering yang pedas(cuci tos dan goreng dengan minyak,jangan lama sebab cepat garing) dan blend kering dengan sedikit garam, (guna garam halus)
- Ikan bilis (goreng garing)
- Bawang merah (goreng garing)
- Bawang putih (goreng garing)
Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak (2-3 sudu makan) guna api kecil.
2.Masukkan semua bahan kacau biar sebati,tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.
Kredit: Siti Zubaidah Hassan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
4 Menu Ayam & Daging Yang Sedap & Cepat Dimasak.
Kalau korang jenis yang ada masak cukup-cukup je nak masak untuk berbuka dek sebab selalu sangkut dalam jam masa balik kerja, ini ada empat menu yang sedap, ringkas dan cepat dimasak. Kesemua lauk ini boleh korang sediakan tak lebih dari 15 minit. Tak percaya boleh cuba ye.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
2. Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
3. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
4. Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
5. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
8. Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
9. Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan.
Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
2. Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
4. Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
5. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
6. Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
3. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
4. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
5. Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
6. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
7. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.