Pagi ni sis manfaatkan pisang yang dah masak ranum… Toingggg mulalah mereka menu… Inilah hasilnya. Sis namakan Apam Coklat.  Bila anak-anak suka coklat sis tambahlah serbuk koko dan tabur coklat urai.. Itu je yang ada kat umah…. kalau nak cuba boleh je… Resipi sis share sini.

APAM PISANG COKLAT

BAHAN-BAHAN:
1 cawan pisang berangan
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak
1/2cawan santan
2 biji telur – kacau dulu sekejap

BAHAN KERING:
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda baikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

IKLAN

BAHAN HIASAN:
Coklat urai secukupnya:

CARA MEMBUAT:
1. Pisang dilenyek hingga hancur.
2. Tambah ke dalamnya gula, minyak dan telur dan santan, kacau sebati dan gula hancur.
3. Masukkab bahan kering yang telah diayak bersama.
4. Kacau sebati, ketepikan.
5. Panaskan pengukus, sementara itu oleskan acuan dgn sedikit minyak.
6. Asukkan adun dlm acuan pada paras 3/4 acuan.
7. Taburkan coklat urai di atasnya.
8. Masukkan dlm pengukus dan kukus lebih kurang 15-20 minit.
9. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan panas

IKLAN

Kredit: Syida Yasin

IKLAN

https://www.rasa.my/buat-pau-senang-dan-gebu/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI