Apam Kampung memang punya ramai peminat. Lebih-lebih lagi kalau resipi yang dikongsi sangat mudah dan hasilnya begitu gebu. Teruja! Bagi anda yang tercari-cari resipi Apam Kampung yang sedap, gebu dan elok bersarang, resipi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI APAM KAMPUNG GEBU BERSARANG

Apam Kampung Gebu Bersarang. Begini Cara Buatnya

BAHAN A:

  • 1/2 cawan gula pasir – beli online DISINI
  • 2 keping nise / gula Melaka – beli online DISINI
  • 1 sudu teh garam – beli online DISINI
  • 2 helai daun pandan – disimpul – beli online DISINI
  • 2 cawan air

BAHAN B:

  • 3 cawan tepung gandum – beli online DISINI
  • 1 paket yis mauripan – beli online DISINI

BAHAN C:

  • Kelapa putih parut
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan A. Masak sehingga gula hancur. Kemudian sejukkan.

2. Gaulkan sebati kedua bahan B. Kemudian masukkan air gula yang disejukkan tadi. Kacau hingga sebati kemudian perap selama 1 jam.

IKLAN

3. Panaskan pengukus. (Beli PERIUK KUKUSAN murah DISINI)

4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.

5. Sebelum masukkan ke dalam loyang, kacau adunan apam terlebih dahulu untuk membuang angin.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 1/2 jam.

Apam Kampung Gebu Bersarang. Begini Cara Buatnya

IKLAN

7. Setelah apam masak, kukus sekejap kelapa putih parut bagi mengelakkan ia cepat masam.

8. Gaul dengan sedikit garam dan hidangkan bersama apam.

Apam Kampung Gebu Bersarang. Begini Cara Buatnya

Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Popia Sayur Daging Burger Paling Sedap Untuk Minum Petang

Petua Buat Kek Kukus 3 Bahan Tak Bantat. Ini Cara Perlu Ikut Kalau Nak Kek Lembut & Gebu.

Resipi Paling Mudah Untuk Buat Kek Marble Sedap.

Kek Pisang Coklat Kukus Sukatan Guna Cawan. Lembut, Gebu Macam Span.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI