Pernah tak bila masak menggunakan santan, ada yang menjadi dan ada yang tak menjadi? Rupa-rupanya disebabkan penggunaan santan yang tak betul.

Melalui perkongsian daripada Ummi Syuhada ini, dia memberitahu setiap jenis santan yang digunakan boleh mempengaruhi hasil masakan.

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Semua ni saya guna. Semua best.

Bagus bila perkongsian macam ni kerana boleh membantu mak-mak membeli santan yang betul untuk masakan yang disukai.

TIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK

Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.

1. Santan segar lepas beli, terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.

 

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Freshly squeezed, tiada campuran air. Bila beku tak ada air batu terasing di bawah. Kalau ada air batu, itu santan cair. Lalukan saja bahagian ais tu bawah pili kalau nak pati. Jangan marah penjual, sebab ada yang blend kelapa parut untuk jual santan beku, wajib la guna air. Bukan semua ada mesin perah kelapa tu.

*Biasanya resepi rendang 1kg daging dan 1kg santan, kalau guna pati ni cukup 1/2 kg je.

2. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang dan nasi lemak, terus masuk je tak perlu tunggu cair semula.

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Untuk masakan tertentu, rendam sampai cair sebelum guna. Pek kecik ni kalau buat kari ikan guna sikit je. Kalau kari ayam/ daging kadang-kadang guna semua. Kuih-muih tradisional saya lebih suka santan asli macam roti jala, ketayap, bengkang, kuih cara, tepung talam dan lain-lain.

 

3. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak.

4. Santan beku, nak periksa cair ke tak. Tengok bahagian mendapan di bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.

IKLAN

5. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali. Kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis.

6. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan, sesuai guna ni sebab tak ada masalah santan pecah minyak dan berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga-tiganya sedap.

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Kara. Kalau masakan berkuah santan macam masak lemak cili padi ni, tak ada masalah takut terpecah minyak bila santan meruap. Lepas panaskan 2-3 kali lagi.

 

7. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak, tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Serunding basah. Santan M&S campur dengan Ayam Brand. Lebih cepat pecah minyak berbanding kara, mungkin sebab lebih cair. Warna juga lebih cantik. Kara kalau terlebih santan, tekstur rendang jadi tebal. Santan M&S dan Ayam Brand saya tak dapat bezakan lagi kualitinya, jadi demi kasih sayang saya beli dua-dua.

 

8. Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dengan pulut dan bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul dan senang larut sebab lebih cair.

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

IKLAN

Pulut pelam. Mula-mula gaul dengan kara, tak jadi. Lepas tu, tukar santan fresh. Cantik berkilat.

 

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Lemang cawan. Mula-mula guna kara. Rasanya mungkin silap teknik dan perlu cairkan dulu santan dengan air panas. Lepas tu, tukar ayam brand.

 

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Nasib baik guna 1 je kara. Yang ni guna Ayam Brand. Cantik boleh terus tuang dalam beras. Hasilnya cun tapi gmbr ni belum masak sepenuhnya.

 

9. Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, nasi lemak. Rasanya agak creamy. Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Kalau tak ada daun pandan, tuang je serbuk perasa pandan dalam nasi lemak. Gambar nasi lemak sebelah tu sebagai hiasan je.

IKLAN

 

10. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecil. Tabur setempat jangan merata, nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Cucur durian. Kalau bancuhan tercair, tabur je santan serbuk.

 

11. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak habis sepaket, baki boleh simpan lama. Gulung elok-elok, ikat getah atau kepit klip simpan di bahagian chiller.

12. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, kisar, tapis dan bekukan dalam bekas kecil-kecil. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai habis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap dan berbintik hitam di pulut.

Kredit: Ummi Syuhada

Anda ada banyak tips memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda!

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Apa Beza Santan Segar, Kotak & Serbuk? Ini Tips & Penggunaannya

Nak kongsi tips masakan anda? Klik DI SINI untuk penyertaan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tips & Petua Untuk Buat Nasi Dagang, Pasti Menjadi!

Dapoq_Pdot Anak Muda Yang Pandai Memasak, Dari Suka-Suka Kini Menjadi Kerjaya

Resipi Durian Bakar Air Fryer Viral. Patutlah Ramai Cuba, Memang Sedap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI