Tidak lengkap hidangan buat tetamu tanpa adanya sajian pemanis mulut. Selain kek, puding dan kuih muih,  terdapat pelbagai jenis pemanis mulut yang boleh anda sediakan termasuklah aneka mufin. Lepas jemu makan aneka lauk daging, boleh nikmati anek mufin sedap pula. Barulah lengkap hidangan raya. Pasti tambat selera tetamu yang berkunjung.

 

1. MUFIN OREO GEBU

Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 170gm mentega
  • 130gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh emulco coklat
  • 160gm tepung naik sendiri
  • 50gm serbuk oreo – dibuang inti
  • 10 keping biskut oreo

CARA MEMASAK:

  • Pukul mentega dan gula sehingga menjadi putih.
  • Setelah itu, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan esen vanilla dan emulco coklat kedalam adunan. Pukul lagi hingga sekata.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati.
  • Tuang adunan ked ala acuan muffin  sehingga memenuhi 3/4 acuan.
  • Taburkan serbuk oreo dan letakkan sekeping biskut preo diatas aduanan tadi. 
  • Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga mufin masak.

 

2. MUFIN BLUEBERI VANILLA

Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN –BAHAN:

  • 200gm mentega
  • 240gm gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 320gm tepung naik sendiri
  • 140gm susu segar
  • 140gm isian @ jem blueberi
  • 100gm buah blueberi segar

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
  2. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar . Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan mufin dan picitkan isian blueberi dengan secukupnya. 
  4. Letakkan dua biji buah blueberi diatas setiap mufin dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga masak.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

3. MUFIN MOCHA BERCOKLAT

IKLAN

Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm mentega
  • 240gm gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh emulco coklat
  • 320gm tepung naik sendiri
  • 140gm susu segar
  • 1 sudu teh perasa kopi
  • 80gm cip coklat

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mentega dan gula perang ke dalam mangkuk. Pukul hingga gula larut.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Tambahkan esen vanilla diikuti emulco coklat ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.
  4. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi  sedikit berselang selikan dengan susu segar yang telah dicampur dengan perasa kopi. Gaul lagi hingga rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan mufin dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah siap, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

INFO CHEF: Perasa kopi boleh digantikan dengan bancuhan 1/2 sudu teh kopi yang dibancuh dengan sedikit air panas.

 

4. MUFIN PISANG COKLAT

Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm mentega
  • 240gm gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh emulco pisang
  • 320gm tepung naik sendiri
  • 140gm susu segar
  • 3 biji pisang
  • 80gm cip coklat

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  2. Seterusnya masukkan esen vanilla dan emulco pisang ke dalam adunan.
  3. Lenyek dua biji pisang dan masukkan ke dalam adunan. Adun lagi hingga sebati.
  4. Setelah itu masukkan tepung sedikit  demi  sedikit berselang seli dengan susu segar. Gaul hingga adunan sebati dan rata.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan mufin dan tabur cip coklat dengan secukupnya.
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga masak.

INFO CHEF: Sebaiknya guna pisang berangan atau pisang emas.

 

5. MUFIN LOBAK MERAH NESTUM  

Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN :

  • 170gm mentega
  • 130gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100gm parutan lobak merah
  • 70gm kismis
  • 160gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu makan nestum
  • 1/4 sudu teh tepung naik sendiri

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan parutan lobak merah ke dalam adunan.
  3. Setelah itu masukkanjuga tepung sedikit demi sedikit serta nestum. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan mufin dan taburkan kismis dengan secukupya.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.
  6. Setelah siap dibakar, disejukkan seketika dan boleh dihidangkan.

 

6. MUFIN WALNUT COKLAT 

Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 170gm mentega
  • 130gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 160gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu makan emulco coklat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50gm kacang walnut

CARA MEMASAK:

  1. Satukan gula dan mentega. Pukul sehingga putih
  2. Kemudian masukka telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Tambahkan emulco coklat serta esen vanilla. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan adunan sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalama cuan mufin dan letakkan kacang walnut diatasnya.
  5. Bakar selama 25 minit pada suhu 170°C.
  6. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

 

7. MUFIN EPAL BERKISMIS

Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 170gm mentega
  • 130gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 160gm tepung naik sendiri
  • 1 biji buah epal merah | dipotong dadu kecil
  • 50gm kismis
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla diikuti tepung. Adun sehingga sebati.
  3. Masukkan potongan epal dan kismis. Adun lagi.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan mufin dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.
  5. Keluarkan, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI