Lauk pauk tanpa minyak tentunya jadi pilihan ramai kerana lebih menyihatkan. Ada banyak sebenarnya lauk pauk yang sedap boleh dihasilkan. Sedap pula tu. Sangat berbaloi untuk anda cuba. Nak masak menu lauk pauk tanpa minyak ini untuk keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan. Selamat mencuba!

KOLEKSI RESIPI LAUK PAUK TANPA MINYAK

1. PINDANG IKAN KERISI

Aneka Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan kerisi | bersihkan dan potong dua
  • 2 ulas bawang merah| hiris
  • 1 ulas bawang putih | titik
  • ½ inci halia| hiris
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu kunyit hidup | kisar
  • 1 biji ili hijau |belah tengah
  • 1 biji cili merah | belah tengah
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ikan dalam periuk bersama air, kunyit, asam gelugur dan semua bahan hirisan yang lain.
  2. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan cili.
  4. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Selain ikan kerisik lebih sedap jika menggunakan ikan parang.

 

2. LAWA DAGING BAKAR

Aneka Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging bakar |dihirs
  • 1 biji kelapa | ambil pati santan
  • 1 sudu lada hitam |kisar halus
  • 3 ulas bawang merah | kisar
  • 1 biji limau nipis |ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit belacan | jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan hirisan daging dengan semua bahan lain.
  2. Kemudian seimbangkan rasa masin, manis dan masamnya agar sekata.
  3. Sedia dihidangkan

INFO CHEF: Selain daging bakar, boleh juga guna daging salai.

 

3. SLOW COOKER BEEF STEW

Aneka Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg daging batang pinang | potong kiub
  • 50gm tepung serba guna
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu teh paprika
  • 1 sudu teh sos Worcestershire
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 400ml stok daging
  • 3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 2 batang lobak | potong dadu
  • 1 batang saderi |hiris serong

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah.
  2. Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.
  3. Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
  4. Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.
  5. Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.

INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.

 

4. CHICKEN POT PIE STEW

Aneka Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
  • 6 biji kentang | belah 4
  • 150 gm lobak merah kecil
  • 2 batang saderi | cincang
  • 50gm krim ayam
  • 300ml stok ayam
  • 2 sudu teh garam saderi
  • 2 sudu teh garam bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 50gm sayur campur

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
  2. Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
  3. Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.

 

5. ASAM REBUS DAGING TETEL

Aneka Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
  • 3 keping asam gelugor
  • 3 helai daun salam
  • 2 batang serai |titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili padi
  • 6 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
  2. Seterusnya tambahkan air secukupnya.
  3. Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
  4. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
  6. Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.

 

6. IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS

Aneka Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | dibuang sisik
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 3 ulas bawang putih | hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang | potong memanjang
  • Sedikit daun ketumbar | hiris
  • Beberapa biji cili padi | hiris

BAHAN SOS ( DIBANCUH):

  • 4 sudu makan jus limau nipis
  • 5 sudu makan stok ayam
  • Sedikit lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
  2. Masukkan dalam pingganyang telah ditabur dengan hirisan bawang putih, ketumbardan halia didasarnya.
  3. Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
  4. Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
  5. Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang,limau nipis dan cili.
  6. Sedia untuk dinikmati.

INFO CHEF: Selain ikan siakap, anda boleh tukar dengan ikan bawal atau kerapu.

 

IKLAN

7. KERABU SOTONG SERAI

Aneka Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak

BAHAN-BAHAN:

  • 12 ekor sotong | dihiris bulat
  • 2 biji tomato | dipotong dadu
  • 1 batang serai | dihiris halus
  • 2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
  • 5 biji cili padi | dihiris halus
  • 2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
  • 2 biji limau nipis | diambil jusnya
  • Secubit garam
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Celur sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
  2. Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  3. kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.

INFO CHEF: Sotong hanya perlu dicelur seketika bagi mengelakkannya menjadi liat.

 

 

Dapatkan MICROWAVE pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.

 

Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my

Aneka Resipi Lauk Pauk, Kuih & Manisan Boleh Masak Guna Pucuk & Ubi Kayu

Resipi Singgang Tulang Sedap Cara Orang Kelantan. Elok Empuk Dagingnya!

Cara Buat Kuih Tepung Pelita Dalam Jumlah Sedikit & Tak Perlu Kukus.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI