Esok umat Islam bakal menunaikan ibadah puasa. Oleh itu pasti ramai ibu-ibu yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan ringkas untuk disajikan buat keluarga di waktu sahur nanti. Berikut adalah beberapa hidangan yang boleh dicuba.

 

1. RENDANG AYAM KUALA KETIL

Aneka Resipi Lauk Pauk Sahur Yang Boleh Tambah Tenaga Ketika Berpuasa.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam | dipotong kecil
  • 1 bunjut rempah sup tulang
  • 5 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 5 biji bawang merah | dikisar halus
  • 3 batang serai | dikisar halus
  • 5 tangkai cili kering | dikisar halus
  • 2sm halia | dikisar halus
  • 2sm lengkuas | dikisar halus
  • 2 sudu makan serbuk kari daging | dikisar halus
  • 1 helai daun kunyit muda | dimayang halus.
  • 300ml santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bunjut sup tulang bersama bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak.
  2. Masukkan pula santan pekat dan kerisik. Masak dan kacau sehingga santan pecah menjadi minyak.
  3. Kemudian, masukkan pula ayam, daun kunyit dan kacau sebati. Masak sehingga kuahnya berkurang dan pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mesra.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Info Chef: Tambahkan cili padi di dalam bahan kisar dan daun limau purut untuk rasa yang lebih pedas dan aroma yang memukau.

 

2. SUP IKAN SIAKAP

Aneka Resipi Lauk Pauk Sahur Yang Boleh Tambah Tenaga Ketika Berpuasa.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap | dibersihkan dan dikelar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 butir bunga lawang
  • 4 ulas bawang putih | dihiris nipis
  • 4 biji bawang merah | dihiris nipis
  • 1 biji lada merah | dihiris nipis
  • 1/2 biji lobak merah | dihiris
  • 1 biji tomato | dibelah enam
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Bawang goreng secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang dihiris nipis sehingga naik bau.
  2. Tuangkan air secukupnya dan biarkan menggelegak. Kemudian, masukkan pula ikan, lobak merah, air asam jawa dan renehkan sehingga ikan masak sempurna.
  3. Seterunya, masukkan pula tomato dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan reneh seketika dan padamkan api.
  4. Akhir sekali, masukkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info Chef: Air asam jawa berfungsi untuk menyeimbangi rasa dan menyedapkan lagi sup.

IKLAN

 

3. DAGING GORENG  KAILAN

Aneka Resipi Lauk Pauk Sahur Yang Boleh Tambah Tenaga Ketika Berpuasa.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Daging:

  • 300gm daging | hiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • 2 sudu teh minyak sayur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula

Bahan Sos:

  • 2 sudu makan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan Tumis:

  • 3 pokok anak kailan | potong 3-4cm  & celur angkat
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 biji cili merah | hiris serong
  • 2 biji bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil itu sediakan sos.  Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  4. Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan  bawang putih, bawang merah hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan  daging yang telah diperap tadi.
  6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
  8. Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

4. DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS

Aneka Resipi Lauk Pauk Sahur Yang Boleh Tambah Tenaga Ketika Berpuasa.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Daging:

  • 500gm daging | hiris nipis 
  • 1 sudu teh garam
  • 1sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • 1sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan Sos:

  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan air rebusan stok ayam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Tumis:

  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 3cm halia  | hiris halus memanjang

Bahan-Bahan Lain:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 400gm kacang pis | bersihkan
  • 1/2 biji cili benggala
  • Garam gula secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
  2. Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
  5. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
  6. Tuangkan bahan sos dan kacau rata.  Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

 

5. SOTONG MASAK KUNYIT

Aneka Resipi Lauk Pauk Sahur Yang Boleh Tambah Tenaga Ketika Berpuasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor sotong | dibersihkan
  • 5 biji cili merah | ditumbuk halus
  • 4 biji cili api | ditumbuk halus
  • 3 biji bawang merah | ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • 1sm kunyit hidup | ditumbuk halus
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 biji tomato | dibelah enam
  • 5 sudu makan santan
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk halus dan serai sehingga garing dan terbit minyak.
  2. Setelah itu, masukkan pula sotong dan juga tomato. Kacau dan masak sehingga empuk.
  3. Tuangkan pula santan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan didihkan seketika. Padamkan api.
  4. Sedia untuk dihidangkan sebagai menu utama bersama nasi panas.

Info Chef: Sotong hendaklah dibersihkan dan dibuang dakwat hitamnya. Meskipun dakwat hitam memberi rasa lemak dan enak tetapi ia memberi kesan kepada kesihatan.

 

6. SAYUR FAT CHOY 

Aneka Resipi Lauk Pauk Sahur Yang Boleh Tambah Tenaga Ketika Berpuasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 tangkai sawi hijau | dicuci bersih
  • 1 keping tauhu telur | dipotong tebal dan goreng
  • 1/2 biji lobak merah | dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih | dicencang
  • 1 sudu teh tepung jagung | dibancuh air
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan lobak merah dan tambahkan air. Kacau dan biarkan mendidih.
  2. Setelah itu, tambahkan pula minyak bijan dan sawi. kacau dan masak sehingga layu.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  4. akhir sekali, masukkan tauhu telur yang telah digoreng dan kaup balikkan. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Info Chef: Jika ingin menggunakan sos tiram, elakkan penggunaan garam sebagai perasa kerana sos tiram sudah cukup menerbitkan rasa masin yang sempurna.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI