Dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat, juadah masakan kampung menjadi penambat selera berbuka puasa. Dek kerana imbauan inilah menjadikan anak-anak di kota rindu untuk pulang ke desa. Terasa nak makan lauk macam yang mak-mak masak untuk buka puasa hari ni? Jom cuba menu-menu di bawah.

 

1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK

Aneka Resipi Lauk Pauk Berbuka Selera Masakan Kampung.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
  • 500ml santan pekat
  • 250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
  • 150gm daun kaduk
  • 2 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 16 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minhyak dalam periuk,
2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan.
3. Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek.
4. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
5. Selepas dua minit masukkan siput sedut.
6. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
7. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

 

2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG

IKLAN

Aneka Resipi Lauk Pauk Berbuka Selera Masakan Kampung.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm paru | rebus dan hiris nipis
  • 1 sudu air asam jawa
  • 1 biji bawang Holland | hiris bulat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili merah
  • 5 ulas bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
5. Gaul rata kemudian tutup api.
6. Sambal paru sedia dihidangkan.

 

IKLAN

3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI

Aneka Resipi Lauk Pauk Berbuka Selera Masakan Kampung.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 4 sudu makan sos cili
  • 5 biji cili padi | dikisar
  • 4 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 biji bawang besar Holland | dihiris
  • 1cm halia | dihiris halus
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 8 biji cili padi | dibuang tangkai
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2.  Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
3.  Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
4.  Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
5.  Sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN

4. BUNCIS GORENG CILI

Aneka Resipi Lauk Pauk Berbuka Selera Masakan Kampung.
BAHAN-BAHAN:

  • 400gm kacang buncis | dihiris serong
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1 ulas bawang merah | ditumbuk
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 2 sudu makan udang kering | direndam dan ditumbuk
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan udang kering dan kacang buncis. Gaul rata sehingga sayur kelihatan hampir masak.
4. Tambahkan hirisan cili merah. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Jika perlu, masukkan sedikit air dan buarkan sayur masak sepenuhnya.
5. Sedia untuk dihidangkan

 

5. KUBIS GORENG KICAP

Aneka Resipi Lauk Pauk Berbuka Selera Masakan Kampung.
BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji kubis | dihiris
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan kicap masin
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • 2 sudu makan ikan bilis| dibelah dua
  • 180ml air
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji cili hijau | dihiris
  • Sedikit serbuk perasa ayam/ikan bilis
  • Sedikit gula
  • Minyak masak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih serta ikan bilis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan kicap manis, kicap masin dan air. Biarkan mendidih seketika.
3. Seterusnya masukkan hirisan kubis, cili merah dan cili hijau. Gaul rata sehingga kubis menjadi lembut.
4. Perasakan dengan serbuk perasa dan gula dengan secukup rasa. Gaul rata.
5. Angkat dan nikmati segera

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI