Petang-petang begini, kalau dapat makan aneka cucur yang lembut, gebu dan garing dekat luar ni memang sedap. Cicah pula dengan sos atau kuah kacang. Fuhhh…Menyandar la juga. Bagi yang tak ada idea nak makan apa, bolehlah cuba aneka resipi cucur yang RASA kongsikan ni. Resipi simple je. Tapi rasa memang best!

1. CUCUR KETAM BERCILI

Aneka Resipi Cucur Yang Mudah Dibuat Untuk Hidangan Minum Petang Anda

 

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tepung naik sendiri
  • 150ml air
  • 100gm filemen ketam @ crabstick | dihancurkan
  • 3 tangkai kucai | dipotong kecil
  • 1 biji cili merah | dicincang halus
  • 1 biji bawang besar | dimayang halus
  • 1 biji telur
  • 5gm soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
  2. Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.

2. CUCUR UDANG RANGUP

Aneka Resipi Cucur Yang Mudah Dibuat Untuk Hidangan Minum Petang Anda

 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 300gm udang kecil
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 1 ikat kucai | dihiris
  • 1/4 biji lobak merah | dihiris nipis
  • 1 putih telur
  • 1/4 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Air dan minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bancuh tepung dengan kesemua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati.
  2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
  3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
  4. Balikkan cucur dan goreng hingga masak.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

Info Chef: Penambahan tepung beras menambah lagi kerangupan cucur udang sebenar.

3. CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING

Aneka Resipi Cucur Yang Mudah Dibuat Untuk Hidangan Minum Petang Anda

 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 100gm ikan bilis
  • 8 tangkai cili kering
  • 1/2 cawan cincangan daun kucai
  • Garam secukupnya
  • Air panas secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
  2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
  3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
  4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
  5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
  6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!

Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin

4. CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN

Aneka Resipi Cucur Yang Mudah Dibuat Untuk Hidangan Minum Petang Anda

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji ubi kentang | dihiris kecil
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 1 biji telur
  • 2 batang sosej | dihiris nipis
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 batang lobak merah | dihiris halus
  • Sedikit daun kucai | dihiris
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
  2. Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
  4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

5. CUCUR UDANG MAK TUN

Aneka Resipi Cucur Yang Mudah Dibuat Untuk Hidangan Minum Petang Anda

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 250gm taugeh
  • 150gm daun bawang | potong kecil
  • 150gm bawang besar | hiris
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji telur
  • Udang | buang kulit
  • Lobak merah | optional
  • Cili merah | optional

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati.
  2. Biarkan batter ( adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.

 

Nota:

1. Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.

Kredit resipi & foto: Chef Garang #daporchefgarang

6. CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS)

Aneka Resipi Cucur Yang Mudah Dibuat Untuk Hidangan Minum Petang Anda

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji ubi kentang | kupas kulit dan parut
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Daun sup atau daun bawang secukupnya
  • Sedikit emping cili (chilli flakes)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk pati ayam secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
  2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
  3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
  4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Tasya

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI