Tak tahu apa nak buat bersama anak pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan ni, jom try buat biskut. Senang je. Tak payah nak tekap-tekap. Lagipun biskut ni sedap dan kita boleh adjust sendiri tahap kemanisan yang kita mahu. Jadi, kalau nak lebih elok dimakan, buatlah kurang manis. Biskut ni senang je nak dibuat. Sudahlah senang, sedap pulak tu. Jom try buat.

RED PEARL COOKIES

Aktiviti Bersama Si Kecil, Jom Buat Red Pearl Cookies Ni

IKLAN

BAHAN-BAHAN
300 gram mentega
120 gram gula halus
1 sudu teh esen vanila
300 gram tepung gandum
120 gram cornflakes | diramas kasar
50 gram badam | dicencang
100 gram coklat chip
50 gram ceri merah | dipotong
Ceri merah | untuk hiasan

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega, gula dan esen vanila. Gaul sebati
2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan conflakes, badam dan coklat chip. Gaul rata.
4. Bulatkan dan letak atas dulang. Hiaskan dengan ceri merah.
5. Bakar pada suhu 170 darjah sehingga kekuningan. Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk.

IKLAN

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi Facebook Deyana Hatazad
https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2715352138502402

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI