Ni petua yang min jumpa hasil perkongsian dari Dayyan Haadiyyan. Katanya minum air kelapa muda dengan limau nipi baik untuk penderita kencing manis dan darah tinggi. Cuba semak macam mana caranya…
AIR KELAPA MUDA DAN LIMAU NIPIS
MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN GULA KENCING MANIS DAN DARAH TINGGGI
Cara-caranya :
1. Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau nipis lagi masam lagi bagus. Tapi orang yang ada gastrik tak boleh minum masam sangat kan.
2. Minum sehari satu ke dua kali, In Sha Allah bacaan gula kencing manis dan darah tinggi akan turun dan normal kembali.
3. Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dan limau nipis ini membantu di dalam masalah kita.
4. Hanya ALLAH SWT yang bisa menyembuh kan segala penyakit tersebut.
Semoga petua ini bermanfaat buat kita semua ye.
Kredit :Dayyan HaadiDayyan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Bersihkan Perut Lembut Hitam Supaya Jadi Putih & Tidak Berbau
Perut lembu memang enak dimasak dengan pelbagai cara. Namun ia agak sukar untuk dibersihkan bahkan juga berwarna hitam dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Perut lembu yang biasa dibeli di pasaraya, biasanya sudah siap dicuci bersih dan berwarna putih. Namun jika dibeli dari penjual daging segar atau dari sembelihan korban, ia masih pada warna asal iaitu kehitaman. Pada tahap ini, ramai yang ‘tidak sanggup’ untuk membersihkannya.
Saudari CikPuan Julie Raja Iskandar ada kongsikan cara asas untuk membersihkan perut lembu hitam supaya menjadi putih. Bolehlah cuba. Sedikit penat tapi berbaloi dengan masakan yang bakal dinikmati.
PETUA BERSIHKAN PERUT LEMBU HITAM SUPAYA JADI PUTIH & TIDAK BERBAU
BAHAN-BAHAN:
Perut lembu
Kapur makan – beli online disini
Limau nipis
Halia
CARA MEMBUAT:
1.Rendam perut lembu dalam air kapur makan selama 30 minit hingga 1 jam.
2. Kemudian bersihkan perut dengan mengikis bahagian hitam dengan menggunakan pisau. Proses ini agak mengambil masa.
3. Bila perut lembu sudah bersih sepenuhnya, cuci perut lembu dengan air limau nipis untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
4. Sesudah siap dibersihkan, tiba tahap untuk merebus perut lembu tadi. Rebus seketika perut lembu untuk memudahkan proses pemotongan.
5. Apabila perut sudah siap dipotong, rebus sekali lagi perut lembu tadi dengan menambah sedikit hirisan halia. Halia juga berfungsi untuk menghilangkan bau perut.
6. Toskan airnya dan perut lembu sedia untuk dimasak mengikut selera masing-masing.
Kredit petua & foto: CikPuan Julie Raja Iskandar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Daging Pekasam Guna Nasi Sejuk. Mudah Je Caranya
Resipi Kek Coklat Magnum Sedap. Sukatan Bahan Hanya Guna Cawan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ini Petua Goreng Tauhu Tak Hancur, Korang Boleh Cuba!
Geram betul, bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali. Jangan cepat putus asa, ini ada cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur.
Rendam Tauhu Dalam Air Panas
Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam bekas atau dalam plastik tiup, potong dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis
Potong tauhu ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas
Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.
Jika anda penggemar tauhu, tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut cara di atas, pasti anda puashati kerana tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu biasa | hancurkan
- 2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
- 1/2 biji bawang Holland | hiris
- 1 biji cili merah | hiris
- Sedikit timun
- 1 sudu makan kacang tanah kisar
- 2 sudu makan Sos Thai
- 1 sudu makan kicap pekat
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
- Kemudian kacau hingga sebati.
- Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
- Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
- Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
- Tauhu goreng siap dihidangkan.
.
Cara Tanam Ubi Kentang dalam Pasu. Memang Menjadi & Boleh Tuai Hasil.
Ubi kentang jika dibeli dan tidak digunakan, akan bertunas dan menjadi kecut. Nak letak dalam masakan pun rasa macam tak segar. Tapi jangan buang tau ubi kentang yang dibeli jika jadi begini. Anda boleh tanam. Tanaman ubi kentang ini tidak memerlukan tanah yang luas. Jika anda nak cuba tanam kentang, guna je pasu bunga. Sebaiknya tanam dalam pasu yang tinggi. Bila naik anak pokok atau pucuk baru, barulah tambah tanah lagi, sedikit demi sedikit. Jika ikut cara yang betul, 2 bulan dah boleh tuai hasilnya. Memang seronok dapat tuai hasil dari kebun sendiri. Nak cuba tanam ubi kentang? Saudari Zienie-G-nie ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
Saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas. Ni hasil selepas 2 bulan saya tanam. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan tapi saya bukan penyabar, excited nak tengok isinya
CARA TANAM UBI KENTANG DALAM PASU
BAHAN-BAHAN:
- Ubi kentang
- Pasu
- Tanah
- Lidi
CARA MENANAM:
1. Ambil ubi kentang dan potong separuh. Rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bertujuan supaya akar cepat keluar. Cucuk dengan lidi supaya kentang tak terendam habis. Jika kentang busuk, akar tidak akan keluar. ( Puan Zienie-G-nie guna 4 biji kentang dibelah dua).
2. Bila kentang sudah naik tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian letak kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Bila pucuk makin meninggi, tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.
4. Siram pokok sehari sekali. Puan Zienie-G-nie tidak letak baja cuma masa tanam ada campurkan dengan tanah sawit.
INFO TAMBAHAN:
1. Waktu terbaik untuk tuai ubi kentang adalah bila daun bawah mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas 2 bulan, daun masih segar. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan.
2. Bila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang tu keluar melalui batang.
3. Daun kentang tak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tak boleh terdedah. Kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, tu tak bagus dimakan.
4. Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas je, dah naik anak pokok baru tambah tanah lagi.
5. Saya tanam dalam pasu je, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.
Kredit petua & foto: Zienie-G-nie
ANDA JUGA BOLEH CUBA TANAMAN LAIN:
Cara Mudah Tanam Pokok Daun Kesum Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan
Inilah Cara Tanam Daun Sup Dan Ketumbar Dari Akar Betul-Betul Tumbuh Elok.