Cuaca panas-panas begini, memang sedap jika dapat makan aiskrim Malaysia ni. Ada bermacam jenis perisa yang dijual. Ada perisa jagung, sirap, bandung, anggur, milo, bubur kacang dan yang paling popular tentulah perisa asam boi ni. Teringat waktu kecil-kecil dahulu. Aiskrim beginilah yang kita duk berebut dengan adik-adik. Nak pergi mengaji Al-Quran pun sempat lagi beli sebatang aiskrim. Anda nak cuba hasilkan sendiri aiskrim ni di rumah? Jom cuba resipi di bawah ini.

Air Batu Asam Kecut. Aiskrim Popular Kanak-Kanak Zaman Dahulu.
foto: https://norazlitaaziz.blogspot.my/2015/11/air-batu-asam-kecut.html

BAHAN-BAHAN:
1 paket asam kecut / asam boi warna merah ( ita beli paket besar )
2 kg gula pasir | ikut sukatan air. Rasanya mesti manis dari air biasa kalau tak air batu tu kasar
Air secukupnya ( 1 periuk besar ) | air ni agak-agak manis gula tu seimbang
Plastik air batu secukupnya

Air Batu Asam Kecut. Aiskrim Popular Kanak-Kanak Zaman Dahulu.

IKLAN

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Satukan air, gula dan asam kecut dalam periuk dan masak hingga mendidih. Lepas tu rasa, biar rasanya seimbang masam dan manis.
  2. Sejukkan hingga suam kemudian tapis, asingkan asam boi daripada air.
  3. Asam boi tu masukkan dalam plastik air batu, 1 plastik 1 biji asam boi. Kalau nak letak lebih pun boleh
  4. Kemudian bolehlah masukkan air dalam plastik dan ikat. Ita suka ikat masa air tu suam sebab plastik tu lembut mudah nak ikat. Tapi terpulang pada masing masing
  5. Lepas ikat cuci bersih dan simpan dalam peti ais hingga beku.
  6. Sedia dinikmati

 

IKLAN
Air Batu Asam Kecut. Aiskrim Popular Kanak-Kanak Zaman Dahulu.
foto: https://norazlitaaziz.blogspot.my/2015/11/air-batu-asam-kecut.html

Kredit resipi asal & gambar: Blog Azlita Aziz ( https://norazlitaaziz.blogspot.my/2015/11/air-batu-asam-kecut.html)

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI