AGLIO OGLIO SPAGETHI DENGAN IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • ½ peket spaghetti | celur hingga empuk
  • ½ mangkuk ikan bilis | goreng garing
  • 1 batang leek | hiris halus
  • 5 ulas bawang putih | cincang halus
  • ½ sudu teh thyme kering
  • ½ sudu teh basil kering
  • ½ sudu teh oregano kering
  • Garam, lada sulah, lada hitam secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis leek bersama bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan spaghetti, masukkan thyme, basil, oregano dan bahan perasa yang lain.
  3. Apabila masak, masukkan ikan bilis goreng. Gaul sebati dan sedia dihidang.


NUTRISI:
1 hidangan: 100gm
Kalori: 124kcal
Karbohidrat: 26.5gm
Protein: 5.3mg
Lemak: 0.5mg
Serat: 2.8g
Kalsium: 15mg