Ada kisah menarik mengapa lauk Asam Pedas Jenahak Datin Liazalee Ahmad dipanggil Asam Pedas Meraung. Ada bahan ramuan yang jadi rahsia, tetapi kini dikongsikan dengan RASA.

“ Ni semuanya dari gara-gara abang saya, bila makan dia kata asam pedas ni cukup cili, asamnya dan ikan segar sedapnya sampai boleh ‘meraung’ . Setiap kali makan dia akan sebut ‘meraunglah’ asam pedas ini,” katanya tergelak kecil.

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap “Meraung”…

Membuka rahsia kelazatan masakannya, usahawan wanita yang berasal dari Segamat, Johor ini rupa-rupanya memasukkan sedikit madu tualang dalam setiap masakannya yang membangkitkan lagi rasa.

Sebagai usahawan tentulah mudah bagi dirinya untuk mengurus masa kerana kebanyakan daripada urusan perniagaannya boleh diuruskan di atas talian

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap “Meraung”…

“Seboleh mungkin saya akan memasak setiap hari kerana Datuk lebih selesa makan di rumah. Kami akan keluar makan di luar bila tiba hujung minggu, dan menikmati hidangan Jepun ,”ujarnya kepada RASA.

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap “Meraung”…
Bersama puteri kesayangan Amyreedha Adriana,

Kata orang suka menjamu tetamu makan adalah di antara punca melimpah ruah rezeki yang berkat. Begitulah yang penulis dengari dari rakan-rakan rapatnya yang hadir pada hari itu, terpikat dengan keenakan air tangannya menyebabkan beliau sering dicari rakan untuk menempah makanan.

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap “Meraung”…

Jom kita semak 3 resipi Datin Lia, Min dah rasa memang cukup sedap.

ASAM PEDAS MERAUNG (IKAN JENAHAK)

IKLAN

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap “Meraung”…

BAHAN-BAHAN :

  • 800 gm ikan jenahak *anggaran 4 keping
  • 600 ml air
  • 2 sudu teh pati asam jawa | dibancuh dengan setengah cawan air
  • 2 biji tomato | dibelah dua
  • 7 batang biji bendi
  • 5 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
  • 2 batang serai | diketuk
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan madu tualang
  • /2 cawan minyak masak untuk menumis

Bahan kisar :

  • 20 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 2 sm belacan
  • 2 sm kunyit hidup
  • 2 sm halia

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
  3. Kemudian masukkan daun keseum dan bunga kantan serta ikan jenahak.
  4. Masak ikan jenahak di antara 3-4 minit dan kemudian masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
  5. Perasakan dengan garam dan madu.
  6. Padamkan api, dan sajian sedia dihidang.

RENDANG DAGING PARU

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap “Meraung”…

IKLAN

 BAHAN-BAHAN :

  •  1 kg daging | dipotong kiub kecil
  • 1 kg paru/kelampung | dipotong 4 ketul, rebus selama 20 minit sehingga lembut dan dipotong kiub kecil
  • 500 ml santan segar | daripada 2 biji kelapa
  • 50gm kerisik
  • 30 gm serbuk kari
  • 2 helai daun kunyit | diracik halus
  • 4 helai daun limau purut | buang urat daun dan hiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu makan madu tualang

Bahan dikisar :

  • 35 tangkai cili kering | buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
  • 5 biji cili padi
  • 350 gm bawang merah
  • 5 sm halia muda
  • 2.5 sm lengkuas
  • 6 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan air

CARA MEMASAK :

  1. Tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari sehingga naik minyak dan naik bau.
  2. Masukkan daging, paru dan santan ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih Perasakan dengan garam dan gula
  3. Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala
  4. Masukkan kerisik , asam keping, madu tualang, dan kacau selalu sehingga kuah kelihatan sangat pekat, berminyak dan daging serta paru lembut.
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masukkan madu tualang, kacau sehingga rata dan padam api.

BUBUR KACANG DURIAN

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap “Meraung”…

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 3 cawan kacang hijau
  • 1 1/2 keping gula melaka
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 2 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 4 – 5 ulas durian
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam.
  2. Bilas dan rebus sampai empuk.
  3. Didihkan  air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dengan api yang perlahan.
  4. Kacau sehingga semua gula larut dan tapiskan.
  5. Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
  6. Masukkan pula larutan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahana. Jika suka masukkan sagu mata ikan
  7. Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat

 

INGIN MENCARI PRESSURE COOKER DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO MASAKAN INI:

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

https://www.rasa.my/lauk-pauk-minang-untuk-hidangan-pagi-raya/

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

Hidangan Nasi Raya Istimewa, Pelbagai Rasa. Sesuai Untuk Semua Jenis Lauk!

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI