Periuk tekanan atau ‘pressure cooker’ memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti rendang daging, sup tulang dan sebagainya. Namun kini, terdapat pelbagai lagi resipi lain yang boleh dimasak menggunakan periuk tekanan ni. Nak masak bihun goreng pun boleh. Anda ada periuk jenama NO**A di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Meh cuba resipi-resipi ni. Memang mudah!

1. AYAM PANGGANG

7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia | kisar
  • 3 sudu jintan manis | kisar kering
  • 3 sudu jintan putih | kisar kering
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu madu
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit lada hitam | kisar kering

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 3-4 jam. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
  2. Masukkan ayam dan lebihan air perapan ke dalam inner pot.
  3. Set high pressure 8 minit dan tutup periuk.
  4. Setelah tamat masa, buka penutup terbalikkan ayam. Tutup penutup dan set lagi ‘high pressure’ selama 8 minit.
  5. Setelah siap, tukar mode ‘stir fry’ dan kacau sedikit ayam. Masak anggaran 5 minit.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Zainab Zainun

 

2. PULUT KUNING

7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras pulut | rendam 1/2 jam bersama sedikit serbuk kunyit
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan’
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Tapis pulut yang telah direndam. Masukkan ke dalm periuk.
  2. Tambahkan garam, daun pandan dan air.
  3. Letak mood ‘high pressure’. set selama 6 minit.
  4. Setelah masak, keluarkan wap, masukkan santan dan ratakan.
  5. Tutup periuk dan tekan reheat/ warm selama 5 minit.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Nota: Santan anggaran 1 – 1 1/2 cawan.

Kredit resipi & gambar: Izwany Abd Malek

 

3. KEK MARBLE

7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 buku mentega
  • 1 sudu esen vanilla
  • 2 cawan tepung self raising flour
  • 1/2 cawan serbuk koko

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur, gula, mentega dan esen vanilla hingga sebati.’
  2. Kemudian masukkan tepung. Adun rata.
  3. Bahagikan adunan kepadaq dua bahagian. Satu pada adunan asal dan satu bekas ditambah dengan serbuk koko.
  4.  Tuang adunan berselang seli ke dalam acuan.
  5. Alas inner pot dengan redai besi. Letak acuan dan tutup periuk.
  6. Selaraskan tombol pressure, set ‘high pressure’ selama 60 minit.
  7. Buka periuk dan lihat kek. Jika permukaan kek nampak perang, tandanya kek telah masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.

Kredit resipi & gambar: Jay Anne Zaihan

 

4. SARDIN HOMEMADE

7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

BAHAN-BAHAN:

  • 8 ekor ikan selayang | dibuang kepala dan ekor, bersihkan
  • 1 cawan puri tomato
  • 2 biji tomato cincang
  • 1 biji bawang besar | hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih | cincang
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu halba campur | kalo tak suka boleh skip atau letak sikit je
  • Sedikit air | jumlah agak-agak supaya tak kering dan melekat pada periuk

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih.
  2. Masukkan tomato cincang dan ikan.
  3. Masukkan puri tomato dan halba campur.
  4. Masak dengan api sangat perlahan. Saya guna periuk ajaib. Saya masak selama 8 jam sampai tulang lembut. Sambil-sambiltu check air supaya tak melekat ikan kat periuk. Boleh guna slow cooker.
  5. Boleh frozen kan. Masuk dalam pek kecil dan bekukan. Ambil satu setiap kali masak

Nota 1: saya tak letak garam atau gula ya. Boleh tambah jika suka

Nota 2 : Kalau guna noxxa, masak ‘high pressure’ dalam 90 minit.

IKLAN

Nota 3 : Air jangan banyak sangat. Sekadar untuk bagi ikan tak melekat pada periuk. Check air selalu. Kalau air banyak sangat ikan mudah hancur.

Kredit resipi & gambar: Azie Zahra Al-Bakri

 

5. AYAM PANGGANG RINGKAS

7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping paha ayam
  • 1 sudu makan kunyit serbuk
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk sedap rasa
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Gaul semua bahan dan lumur pada ayam.
  2. Alas inner pot dengan redai besi. Susun ayam, tutup penutup, selaraskan tombol steam.
  3. Setkan mod ’high pressure’ selama 20 minit.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Jay Anne Zaihan

 

IKLAN

6. NASI DAGANG

7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras wangi siam | bersihkan
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 biji bawang merah | dihiris
  • 2cm halia | dihiris nipis
  • Sedikit halba
  • Garam dan gula secukupnya
  • 500gm santan | santan ni kira sekali dalam 1pot yang digunakan untuk masak nasi yang awal.

CARA MEMASAK:

  1. Satukan beras, air dan 1 cawan santan. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan halia, bawang merah, halba dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
  3. Masak guna ‘high pressure’ selama 7 minit.
  4. Setelah amsak, masukkan baki santan dan gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama gulai ikan dan acar.

Kredit resipi & gambar: Nurul Syuhada Firhan

 

7. PIZZA TANPA OVEN

BAHAN-BAHAN:

7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

CARA MEMASAK:

1. 7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

  • Jika tiada tepung self-raising, boleh sahaja guna tepung biasa secara keseluruhan.
  • Gaul semua bahan hingga menjadi doh.

2. 7 Idea Masakan Yang Boleh Masak Dengan Mudah Menggunakan Pressure Cooker.

  • Topping paling mudah: sos tomato, sosej, tomato cherry, capsicum, mozarella.
  • Masukkan ke dalam kuali non-stick.  5 minit pertama tutup permukaan kuali secara keseluruhan menggunakan penutup.
  • 10 minit kedua, bukak penutup sedikit. Masak sampai cheese cair.
  • Jika guna periuk noxxa, guna bahan dan topping yang sama. Cuma masukkan doh ke dalam periuk, letak inti dan  setkan pada fungsi ‘steam’ dan masak selama 6 minit.

Kredit resipi & gambar: Nina Diana

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI