Di musim perayaan ni, pasti ramai yang tengah rajin buat biskut raya kan? Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan digunakan terus akan menyebabkan doh biskut melekat dan susah dikeluarkan dari acuan lebih-lebih lagi biskut yang kita kena bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar.
Contohnya seperti acuan biskut kapal, tat, biskut lidah kucing dan sebagainya. Untuk atasi masalah ini, berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan:
CARA ELAK BISKUT MELEKAT PADA ACUAN
1. Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.
2. Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.
3. Kemudian susun di dalam tray pembakar dan masukkan seketika ke dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120C selama 15 minit.
4. Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tips & Petua Untuk Buat Nasi Dagang, Pasti Menjadi!
Ada peminat nasi dagang di sini? Sesiapa yang pernah membuat nasi dagang, pasti tahu macam mana skill dan teknik yang diperlukan untuk membuat nasi istimewa ini.
Tak mudah namun bila dah merasa sekali nasi dagang yang sedap, pasti akan terjebak jua untuk masak nasi dagang.
Jom kita tengok perkongsian tips dan petua daripada Yus Kitchen tentang macam mana untuk membuat nasi dagang yang sedap.
#tipsmasaknasidagang
1.Ikan
Ikan Aya ada 2 jenis, Aya Hitam dan Aya Putih. Kalu Aya Hitam, orang KL panggil ikan Tuna. Nak kenal tengok pada sirip. Kalau panjang, tu Aya Hitam. Kalau sirip pendek tu Aya Putih. Nak sedap, rebus sehari sebelum nak makan. Cara dan bahan nak rebus macam-macam. Terserah mengikut style masing-masing.
Antara bahan yang biasa orang guna untuk rebus ikan ialah daun pandan (hilang hanyir), gula perang atau nisan, lengkuas, asam keping, garam dan cuka (supaya isi ikan jadi pejal, terutamanya bila guna Aya Hitam sebab isi dia lembut).
2.Beras, campuran dan sukatan
Jenis beras – orang kata yang paling afdhal guna beras Siam. Sebabnya dia jenis mudah lerai, nasi jadi cantik. Beras wangi. Sama ada beras wangi saja atau beras wangi campur beras pulut. Boleh juga kalau beras wangi campur dengan beras Basmathi. Ini pun menjadi juga, cantik jadinya.
Beras Basmathi, ni kira nasi dagang moden dah ni. Boleh campur beras pulut ataupun tidak. Bab beras saja, nasi dagang ada banyak khilaf, jadi jangan bergaduh. Boleh pakai mana-mana beras asalkan kena dengan selera.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Nisbah campuran beras, kalau nak campur, boleh saja. Kalau tak nak campur, pun boleh. Guna nisbah dia 4+1=5.
4 cawan beras wangi, 1 cawan beras pulut
4 cawan beras wangi, 1 cawan beras basmathi
4 cawan beras biasa, 1 cawan beras pulut
*Tips tambahan: Sekilo ikan sekilo nasi
Sukatan air untuk digaulkan. Nasi Dagang nak kena gaul 2 kali. Sukatan dia, untuk gaulan pertama: 2 cawan air biasa atau 2 cawan santan cair. Nak mudah guna cawan atau penyukat yang sama masa nak sukat beras tu.
Gaulan kali kedua: 1 cawan santan pekat. Rumusanny, sekilo beras 2 cawan air untuk gaul kali pertama, 1 cawan santan pekat untuk gaul kali kedua.
1 cawan bersamaan 250 gram. Jadi, kalau 4 cawan tu maknanya 1 kg. Sekilo nasi boleh makan antara 8 ke 10 orang. Untuk 1 kilo santan pekat pula, saya pernah tanya penjual santan. Dia kata, 1 kilo santan tu 4 biji kelapa. Jadinya, setengah kilo tu 2 biji kelapa (santan pekat ni). Masa nak kukus nasi, kena pastikan api besar. Jangan besar sangat. Kalau api perlahan, nasi jadi kembang.
3. Gulai Nasi Dagang
Cara nak masak gulai, ada banyak cara dan gaya. Cara 1: Tidak tumis. Masuk santan dulu, tunggu santan macam nak pecah minyak, lepas tu masuk semua bahan kisar dan mesin. Cara dan gaya ni orang panggil “Raja Berangkat”.
Cara 2: Tumis dulu cili boh.
Ada yang pakai belacan dan ada juga yang kata letak ikan kering 1 ekor dalam kuah tu, untuk dapatkan rasa dan aroma ikan. Cili boh nak kena guna banyak, baru cantik kejadian gulai nasi dagang. Guna lada kering yang tak pedas. Kalau pergi kedai, dia panggil “Cili Kering Gemok”.
Untuk sekilo kuah gulai nasi dagang, boleh guna 200g ke 250gram cili boh. Insya-Allah gulai nasi dagang jadi comel, warna dan tekstur dia. Tumis cili dengan gula atau nisan. Supaya cili tumis tadi jadi kilat dan comel. Tumis sampai pecah minyak.
Kuah gulai nasi dagang sedap kalau pekat. Untuk satu hidangan nasi dagang, kita tak pakai banyak sangat kuah macam nasi kandar. Nasi kandar kena guna kuah dalam 100g ke 150gram kuah. Untuk nasi dagang elok sangat kalau 50gram untuk satu hidangan. Sesenduklah bahasa mudahnya.
Sukatan kuah gulai untuk 1 kilo nasi dagang. Dalam 1000 gram ke 1500gram. Senang cerita, kalau bekas kisar tu 1 setengah air bekas kisar tu. Tidak termasuk santan.
Campur sekali air tadi dengan 1 atau 2 cawan air ikan.
****** Masuk 1 cawan dulu tak apa, takut masam sangat kuah gulai. Sebab masa rebus ikan, kita guna asam keping banyak. Terlebih masam payah nak ubah.
*******Masuk 1 cawan kemudian rasa. Kalau kurang, tambah lagi sikit. Untuk 1kg kuah nasi dagang, sedang elok guna 2 cawan santan pekat.
Masa nak masukkan ikan, kena perhati ikan elok-elok. Jangan ada asam keping pada ikan. Takut terlebih masam kuah gulai ikan kita. Untuk menambah aroma dalam kuah gulai nasi dagang, bolehlah masukkan sesudu halba ke dalam gulai nasi dagang kita tu.
Begitulah kurang lebih cara, petua dan tip untuk buat nasi dagang terengganu kita. Sekadar perkongsian melalui himpunan-himpunan perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain. Mohon maaf atas segala kekurangan, sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
Resepi Gulai Nasi Dagang Terengganu Asli (Homemade)
Kalau ikut resepi asal gulai nasi dagang Terengganu asli, memang tidak menggunakan rempah kari. Rempah dia ringkas sahaja. Untuk membuat rempah gulai nasi dagang Terengganu versi asal, hanya menggunakan beberapa campuran rempah yang biasa kita gunakan untuk memasak seharian. Serta mudah untuk didapati di dapur rumah masing-masing.
Bagi membuat rempah gulai nasi dagang. Rempah ratus yang digunakan adalah ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Sukatan dan campuran adalah seperti berikut:
Untuk sekilo nasi dagang (beras)
1 batang kulit kayu manis
1 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
6 biji bunga cengkih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA-CARA:
1.Rebus kesemua bahan rempah ratus dengan sedikit air. Rebus sehingga air sedikit kering.
2.Kemudian kisar halus rempah ratus yang telah direbus tadi bersama-sama dengan bahan-bahan basah. (Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan lengkuas).
Kredit: Mayusnizam Mohamad @ Yus Kitchen
Anda ada banyak tips memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda!
Nak kongsi tips masakan anda? Klik DI SINI untuk penyertaan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Gulai Kawah & Nasi Kebuli Hidangan Raya Korban, Cukup Ramuan Gerenti Bertambah Nanti
Resipi Nasi Minyak Istimewa Yang Harus Dicuba, Aromanya Memang Wangi!
https://www.rasa.my/himpunan-resipi-nasi-bersama-lauk-pauk-sedap-sempena-aidiladha/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Minyak Masak Terpakai Boleh Jual Balik. Duitnya Boleh ‘Rolling’ Beli Minyak Baru.
Selepas menggoreng makanan seperti ikan dan ayam , bila dah tukar warna hitam biasanya kita akan buang aje. Bila buang ke dalam parit memang mencemarkan alam sekitar. Mulai pada hari ini jangan buat lagi, simpan dan kumpul panggil ejen datang ambil.
.
Kalau nak tahu minyak masak terpakai ini sebenarnya boleh dijual semula. Biasanya restoran makanan menjual balik sisa minyak yang sudah digunakan ini.
.
Kita pengguna biasa pun boleh buat perkara yang sama, ada banyak ejen yang bersedia membeli minyak masak ini. Cikgu Zahran adalah antara orang yang dah menjual minyak masak terpakai dari rumahnya.
Harga Berbaloi
Bagi setiap 1 kg minyak masak terpakai boleh dapat RM1.50. Simpan banyak-banyak dulu baru panggil ejen, barulah berbaloi ejen datang kutip di rumah kita. Paling tidak 50 kg dah dapat RM75 . Boleh beli minyak masak baru nanti.
Cikgu Zahran pernah memperolehi lebih RM 100 selepas menjual minyak terpakai yang dikumpul.
Nak Buat Apa Minyak Tu
Minyak masak tu boleh digunakan untuk menghasil biodiesel untuk kenderaan berat seperti bas.
Di antara ejen yang membeli minyak masak terpakai adalah :
Membeli Minyak Masak Terpakai -E & A
Membeli Minyak Masak Terpakai Negeri Sembilan
Ada banyak lagi ejen lain, anda boleh aje mencarinya di Facebook
Sumber : Cikgu Zahran
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI. ADA BANYAK PILIHAN TERBAIK MENANTI.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
JOM SEMAK RESIPI-RESIPI INI :
Ini Tip Rebus Telur Agar Mudah Dikupas, Licin & Tanpa Cacat Cela!
Telur rebus banyak gunanya. Selain dinikmati bersama nasi lemak, ia juga boleh dijadikan pelbagai sajian enak untuk keluarga. Salah satu masalah yang kita selalu hadapi bila ‘deal’ dengan telur rebus ni ialah semasa nak kupas kulitnya. Ada ketika, mudah nak kupas. Namun ada kalanya susah betul. Sampai terkopek-kopek isi dibuatnya. Jadi bila dimasak, nampak tak cantik.
Menerusi Puan Waheeda Basiron beliau menunjukkan cara-cara merebus telur supaya mudah dikupas dan kulitnya tidak melekat pada isi.
TIPS REBUS TELUR SUPAYA MUDAH DIKUPAS & CANTIK MENAWAN
1. BASUH TELUR
Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.
2. GUNA GARAM & MINYAK MASAK
Kemudian, masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak. Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.
3. REBUS
Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.
4. RENDAM & KUPAS
Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa. Hasilnya memang memuaskan malah memudahkan kerja.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit petua & gambar: Waheeda Basiron