Koleksi masak daging sebagai bahan utama masakan. Dah bosan makan ayam dan ikan sesekali hidangkan juga masakan daging dalam menu harian, tak susah dan dijamin sedap. Kalau takut daging lambat empuk ikut petua pasti lembut!

Masak Sepantas 15 Minit, Resipi Masak Daging. Pasti Sedap !

THE BEST MONGOLIAN BEEF

Bahan-bahan:

  • 1 pound daging steak flank, dihiris nipis
  • 1/4 Cawan Tepung Jagung
  • 1/2 Cawan Minyak sayuran
  • 2 helai daun bawang, dihiris tipis
  • 1/2 Cawan Kicap Cair
  • 1/2 Cawan gula perang
  • 3 ulas bawang putih, cincang
  • 2 sudu kecil Halia segar parut
  • 2 sdt Minyak sayuran

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk sederhana, pukul bersama kicap, gula perang, bawang putih, halia, 2 sudu minyak sayuran dan 1/2 cawan air. Campurkan campuran kicap dalam periuk sederhana didih kan sehingga pekat sedikit, kira-kira 5-10 minit; ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, gaulkan daging dan jagung.
  3. Panaskan 1/2 cawan minyak sayuran dalam periuk besar. Masukkan daging lembu dan goreng sehingga separuh masak, kira-kira 1-2 minit. Pindahkan ke pinggan mangkuk dan tos kan dengan kertas untuk membuang minyak berlebihan.
  4. Masukkan campuran daging lembu dan kicap ke dalam periuk dan didih kan di atas api sederhana dan masak sehingga kuah kicap pekat dan melekit, kira-kira 2-3 minit.
  5. Angkat dan tabur kan daun bawang..
    Sedia untuk di nikmati!!

Kongsi resipi: get in my belly

Masak Sepantas 15 Minit, Resipi Masak Daging. Pasti Sedap !

DAGING GORENG KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | hiris nipis
  • 2  sudu makan rempah kurma
  • 2 sudu makan yogut
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 biji ubi kentang | potong memanjang
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 3 biji cili hijau | hiris 2cm
  • 4-5 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang besar | belah lapan
  • 3 ulas bawang berah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris
  • 2 batang serai | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
  4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
  5. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
  7. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili padi

Masak Sepantas 15 Minit, Resipi Masak Daging. Pasti Sedap !

IKLAN

DAGING GORENG  KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging
  • 3 ulas bawang putih |ketuk
  • 1cm halia|hiris nipis
  • 5 biji cili padi|hiris kasar
  • 1 biji lada merah | hiris
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 biji kentang|potong dan goreng
  • 1 biji bawang besar|hiris
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Daging dihiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging sehingga empuk.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan cili padi.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada sulah.
  5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan lada sulah. Kacau sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika hendak masakan ini berkuah, tambah sedikit air.

 

Masak Sepantas 15 Minit, Resipi Masak Daging. Pasti Sedap !

IKLAN

SZECHUAN BEEF

BAHAN-BAHAN

  • 600gm daging lembu – bersihkan dan potong dadu
  • 150gm lada benggala hijau, kuning dan merah – potong dadu
  • 50gm lobak merah – hiris nipis & bentukkan seperti bunga
  • 20gm cili kering – potong
  • 30gm Spicy Hot Bean Sauce
  • 20gm sos tiram
  • 10gm serbuk pati ayam
  • 4 sudu makan air
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
  3. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.

Masak Sepantas 15 Minit, Resipi Masak Daging. Pasti Sedap !

DAGING GORENG LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging
  • 1 sudu teh serbuk  lada hitam
  • 1 sudu teh sos lada hitam
  • 1sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 biji lada benggala
  • 1biji bawang besar
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN TUMBUK:

IKLAN
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging bersama lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
  3. Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
  4. Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.
  5. Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dipotong.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Terpulang kepada anda untuk masukkan garam atau tidak kerana sos sudah pun masin.

 

CUBA RESIPI SEDAP INI JUGA:

5 Cara Mudah Untuk Empukkan Daging Dalam Masa Singkat

Cara Buang Lemak Dari Air Rebusan Daging & Tulang. Barulah Sedap Buat Sup!

Chef Dahlan Kongsi 4 Idea Menu Kenduri Berasaskan Daging. Wajib Cuba Ni!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI