Bagi ibu-ibu yang mementingkan kualiti serta nutrisi dalam masakan, pastinya lebih gemar menyediakan sendiri rencah-rencah masakan untuk hidangan keluarga. Dengan menghasilkan sendiri sendiri pes tomyam, pes sup dan pes nasi ayam, ia bukan sahaja menjadikan masakan lebih sedap malah kerja-kerja memasak juga menjadi lebih mudah dan cepat. Selain itu, dengan menghasilkan bahan-bahan ini secara homemade, secara tidak langsung ia juga menjimatkan belanja dapur. Sebagai contoh, Nutella, jika dibeli harganya boleh tahan mahal. Berbanding anda hasilkan sendiri di rumah, jumlahnya anda dapat jauh lebih banyak dari yang dibeli. Memang berbaloi! Jom lihat aneka bahan masakan yang anda boleh hasilkan sendiri. Mudah, jimat dan lebih bersih. Selamat mencuba!

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!  9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

1. PES TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai
  • 2 biji cili hidup merah
  • 5 hiris lengkuas
  • 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
  • 4 sudu makan udang kering
  • 10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
  • 4 inci belacan bakar
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  •  Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
  4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
  6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.

Kredit resipi & gambar: Norashikin Bt Hasan 

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!   9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

2. PES SUP HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 labu bawang besar | dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
  • 2 inci halia | dipotong kecil
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil kfc lada hitam
  • 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
  2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
  3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub. 
  4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.

Kredit gambar & resipi: Mas Lieyana 

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

3. NUTELLA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan hazelnut
  • 12 aunz milk chocolate
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3/4 sudu teh garam bukit

CARA MEMASAK:

  1. Bakar 1 cawan hazelnuts dalam ketuhar pada suhu 176C selama 12 minit.
  2. Setelah hazelnut selesai dibakar, buang kulitnya dan masukkan ke dalam ‘food processor’. Kisar sampai nampak ada minyak keluar. ( Anggaran kisaran adalah selama 10 minit.)
  3. Masukkan milk choc jenama beryls (x perlu cairkan), minyak jagung, gula, serbuk koko, esen vanila dan garam bukit. Kisar sampai sebati dan sekata.
  4. Siap dan sudah boleh dinikmati. Simpan di dalam bekas bertutup dan mampu bertahan selama sebulan.

Kredit gambar & resipi: Nadiah Latfi

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

4. SUSU PEKAT MANIS

BAHAN-BAHAN (sukatan cawan & gram)

IKLAN
  • 1 cawan / 100gm susu tepung
  • 2/3 cawan / 125 gula halus (gula biasa pun boleh)
  • 1/3 cawan / 60ml air suam
  • 1/4 cawan margerin ( lebih kurang 1 sudu makan sukat membukit)

CARA MEMASAK:

  1. Dalam blender, masukkan air suam dahulu.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.
  3. Kisar halus hingga creamy / berkrim. ( kacau dgn sudu sekali sekala). Jika rasa kepekatan kurang, boleh aje tambah sedikit susu tepung.
  4. Sedia untuk digunakan. Anda juga boleh simpan dalam bekas kedap udara kemudian simpan dalam peti ais.

Kredit resipi & gambar: ALeen Aireish

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

5. TAUHU HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg kacang soya
  • 18 liter air
  • 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

 

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

CARA MEMASAK:

  1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
  2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
  3. Masak susu soya hingga mendidih.
  4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
  5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
  6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain.
  7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
  8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
  9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Kredit resipi & gambar: Azlia Al Hayahuddin

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

6. MI KUNING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 180ml air (untuk bahan uli)
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 1 biji telur
  • 2 cubit serbuk kunyit
  • Air didihan | campur dengan 2 sudu makan garam (untuk celur mi)

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan bahan tepung, air, telur, minyak dan serbuk kunyit. Uli hingga jadi doh. Tekstur doh memang keras sedikit.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses gulung mi.
  3. Setkan mesin manual pasta untuk proses gulung pertama iaitu no.7. (gulung doh jadi leper & panjang ikut suka). Proses gulung kedua untuk lebih halus, set no.4.
  4. Dah selesai proses gulung doh jadi halus & panjang, lumur permukaan doh dengan minyak untuk elak dari melekat.
  5. Kemudian masukkan pula doh ke dalam proses gulung untuk dijadikan mi. Ulang proses yang sama hingga habis.
  6. Didihkan air bersama garam kemudian masukkan mi tadi. Masak anggaran dalam 1-2 minit. ( jika mi sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan)
  7. Mi yang telah dimasak tadi perlu dilalukan di bawah air paip. Toskan hingga air kering.
  8. Gaul mi bersama sedikit minyak amsak untuk mengelakkan ia dari melekat serta tahan lama.
  9. Mi ini tahan lebih kurang seminggu lebih.

Kredit resipi & gambar:  Hariati Henri 

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

7. IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
  • Garam
  • Cuka makan

CARA-CARA:

  1. Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
  2. Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
  3. Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
  4. Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.

TIP:

  1. Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
  2. Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur,  makin sukar untuk lalat hinggap.
  3. Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
  4. Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.

Kredit resipi & gambar: http://chesitinoor.blogspot.my/2014/05/ikan-kering-gelama-homemade.html

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

8. KUEYTEOW HOMEMADE

BAHAN-BAHAN: (dapat 1.458 kg kueyteow)

  •  2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji putih telur + 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit minyak untuk merebus dan digaulkan bersama kueyteow
  • Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kueyteow

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan semua bahan tepung bersama putih telur, garam dan air. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.(*Jika doh terlalu keras, tambahkan air 1 sudu besar sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli. Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kueyteow menjadi lembik ketika dicelur nanti.)
  2. Ambil doh yang siap diuli, lumurkan dengan tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin pasta. Ketebalan kueyteow sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kueyteow. (mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis).
  3. Panaskan periuk berisi air separuh penuh. Masukkan sedikit minyak masak, biarkan ia mendidih.
  4. Celurkan kueyteow yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kueyteow akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
  5. Toskan kueyteow dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kueyteow dengan air sejuk/paip sekejap saja). 
  6. Kemudian toskan kueyteow hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya tidak melekat. 
  7. Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba. 

Kredit resipi & gambar: http://dapur-mamasya.blogspot.my/2013/10/homemade-kuey-teowpuas-hati-hasilnya.html

IKLAN

9 Bahan Masak Yang Anda Boleh Hasilkan Homemade. Boleh Jimatkan Belanja Dapur!

9. PES NASI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji bawang merah
  • Halia ( anggaran panjang sejengkal)
  • 15 ulas bawang putih
  • 7 batang serai
  • 5 sudu makan garam
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
  2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
  3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
  4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
  5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
  6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.

Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:

Langkah 1:

Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.

Langkah 2:

Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.

Langkah 3:

Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.

Langkah 4:

Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.  

Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika  digunakan untuk memasak masakan lain.

Kredit gambar & resipi: Paan Selamat

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI